Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Chun Yong Senarai 20...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong menyenaraikan 20 pemain...

Siapa Karim, Mengapa Dunia...

BEBERAPA foto memaparkan masyarakat dunia tutup sebelah mata dengan #SolidarityWithKarim pada setiap posting menjadi...

Dua Direman 7 Hari...

PUTRAJAYA - Bekas setiausaha dan akauntan sebuah Badan Pengurusan Bersama (JMB) kondominium di...

Tiada Hasrat Guna Seksyen...

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah tidak berhasrat menggunakan Seksyen 80-85 Ordinan Tanah Sabah...

Kanak-Kanak Parah, Lori Pasir Rempuh 5 Kenderaan

KULIM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan bulan parah dalam kemalangan yang membabitkan enam buah kenderaan di Jalan Titi Karangan-Baling berhampiran persimpangan lampu isyarat di Taman Desa Aman di sini pagi tadi.

Kemalangan kira-kira 11 pagi itu melibatkan sebuah lori pasir dan buah lima kereta termasuk sebuah BMW dan sebuah pacuan empat roda yang dilaporkan berlaku gara-gara lori pasir itu didakwa mengalami masalah brek dan gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat tersebut.

Wartawan sambilan Bernama, Che Saad Nordin, 62, yang turut terbabit dalam kemalangan itu berkata lori berkenaan yang datang dari arah Baling menuju Kulim gagal berhenti di lampu isyarat itu lalu melanggar sebuah kereta yang sedang keluar dari persimpangan Desa Aman.

“Saya berada di belakang pacuan empat roda itu dan nampak lori tersebut datang dengan laju. Lori itu yang tidak berhenti di lampu merah, terus merempuh dua buah kereta lain,” katanya.

Che Saad yang cedera di kepala menerima rawatan di Hospital Kulim.

Beliau berkata kanak-kanak tersebut yang berada di dalam sebuah kereta jenis Wish parah di kepala dan dikejarkan ke hospital oleh orang ramai.

Dia diletakkan di Zon Merah.


“Saya tidak ingat berapa orang yang cedera, tetapi seorang kanak-kanak yang berada di dalam kereta Wish itu sangat parah.

“Saya sendiri membantu mengeluarkannya dan meminta orang ramai menghantarnya ke hospital,” kata Che Saad.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Abdullah Arshad yang dihubungi berkata siasatan awal mendapati lori tersebut hilang kawalan sebelum melanggar lima kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori