Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Wujudkan Sistem Kawal Selia...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menggesa kerajaan menyediakan satu sistem kawal...

PAS Negeri Diminta Pantau...

KUALA LUMPUR - Majlis Syura Ulama PAS meminta badan perhubungan negeri parti itu...

1MDB Akan Jawab Tony...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata ia akan menjawab anggota Parlimen...

Bekas Jeneral Dipenjara Pada...

SANTIAGO - Keluarga bekas jeneral tentera Chile menyifatkan tindakan mahkamah negara itu dipenuhi...

Kanak-Kanak Terperangkap 45 Minit Dalam Kereta

LUMUT – Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap kira-kira 45 minit dalam kereta bapanya di tempat letak kereta di Hospital Seri Manjung di sini hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Hakim, 5, dipercayai tertidur dalam kenderaan tersebut selepas menerima rawatan di hospital berkenaan kerana demam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung, Meor Azman Mahmud berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 10.35 pagi.

“Difahamkan mangsa tertidur dalam kereta dengan keadaan enjin masih hidup manakala bapanya sedang mengambil ubat di hospital.


“Dengan bantuan orang ramai, kita mengejutkan mangsa sehingga terjaga sebelum kanak-kanak itu membuka pintu kereta. Kita juga cuba menggunakan dawai untuk membuka pintu kereta,” katanya ketika dihubungi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori