Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

RUU Tak Lulus Sebab...

UMNO berkata Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2019, tidak lulus di Dewan...

Krisis MB : Sultan...

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah akan kembali ke Selangor empat hari lebih...

40 Tentera Kem Rasah...

SEREMBAN - Sebanyak 40 anggota tentera bersama lima buah trak dari Markas 1...

Majlis Belia Malaysia Puji...

KUALA LUMPUR - Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik langkah kerajaan melaksanakan Indeks...

Kartunis Zunar Bebas Dengan Jaminan Polis

KUALA LUMPUR – Kartunis Zunar dan empat yang lain yang ditahan dalam satu majlis pada Sabtu dibebaskan dengan jaminan polis.

Kelima-lima mereka berjalan keluar dari ibu pejabat polis Dang Wangi kira-kira pukul 12 tengah malam selepas mereka ditahan polis dalam satu majlis kutipan dana bersama peminat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).

Selain Zunar, empat yang ditahan adalah pembantu jualannya, Megat Abdul Wahid dan Lawrence Jeyaraj, ahli DAP Jimmy Wong dan seorang peminat yang hanya mahu dikenali sebagai A.Toong.

Nicole Tan, peguam kepada lima individu itu berkata Zunar, Megat dan Lawrence disiasat di bawah Seksyen 124c Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

“Jimmy dan Toong bagaimanapun disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas mereka,” katanya.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarul Haque berkata beliau tidak melakukan sebarang kesalahan kerana majlis kutipan dana merupakan acara tertutup bersama peminatnya.


“Saya kerugian kira-kira RM30,000 apabila mereka merampas buku komik saya selepas menahan saya di Pulau Pinang baru-baru ini.

“Saya cuba untuk memulihkan kerugian saya menerusi acara ini tetapi mereka merampas sejumlah buku bernilai RM30,000 sekali lagi pada hari ini,” katanya.

Zunar mendakwa telah diberitahu polis bahawa mereka akan memohon perintah mahkamah untuk mengharamkan buku-buku tersebut. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori