Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mara Komited Lahir Ramai...

SUBANG – Majlis Amanah Rakyat (Mara) komited untuk melahirkan lebih ramai usahawan daripada...

Video: LUCU.. Wanita Silap...

RUPA-rupanya ada cerita menarik berlaku ketika berlangsungnya sidang media pengumuman majlis perkahwinan pasangan...

Bot Bawa 100 Pendatang...

SABAK BERNAM – Sebuah bot yang dipercayai membawa kira-kira 100 orang pendatang asing...

Aeril Zafrel Dakwa Pihak...

SUSULAN kontroversi kes 'kereta curi' yang kembali panas antara pihak produksi MIG dan...

KBAT: Landasan Tepat Lahir Generasi Holistik

KANGAR – Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pe­ngajaran dan pembelajaran di sekolah adalah landasan tepat dilaksanakan kerajaan bagi melahirkan generasi cemerlang dalam kehidupan secara holistik.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata justeru kemahiran berkenaan diterapkan sejak di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi menyediakan generasi yang mantap serta bersedia menerima segala bentuk cabaran.

“Dalam hal ini saya ingin menarik perhatian semua agar melihat gambaran yang lebih luas yang mana Malaysia merupakan sebuah negara terbuka yang menuntut masyarakat dan generasinya terdedah kepada persaingan dunia global.

Persaingan itu bukan semakin mudah tetapi menjadi semakin payah. Bermacam ancaman dan kesulitan yang perlu dihadapi dalam negara kita untuk terus maju, jadi kita perlu menyedia generasi yang boleh berfikir di aras tinggi serta mampu mengubah cabaran kepada peluang,” katanya.

Azlan berucap semasa merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Dwitahunan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM)kali ke-12, di sini malam tadi.

Azlan berkata proses evolusi di dalam sistem pendidikan negara adalah perlu untuk menambah baik sistem sedia demi melahirkan generasi muda yang berjaya di dalam kehidupan dan bukan sahaja dinilai menerusi pencapaian skor A mereka.

“Justeru pencapaian UPSR baru baru ini yang mencatat peratusan pelajar mencapai keseluruhan A pada kadar 1.11 peratus daripada lebih 400,000 yang menduduki peperiksaan itu bukanlah sesuatu yang harus dipandang negatif.


“Itulah hakikatnya dan yang terbaik sebenarnya, walaupun kedengaran keluh kesah dalam kalangan banyak pihak tetapi justifikasi KBAT adalah melahirkan generasi berjaya dalam hidup, tidak guna lahirkan pelajar yang hanya mengumpul banyak A tetapi gagal berhadapan realiti kehidupan,” katanya.

Menurut Azlan, masyarakat perlu sedar dan bangkit dari keselesaan yang mana perjalanan sistem pendidikan sebelum ini melahirkan generasi yang terlalu bergantung kepada orang lain.

Jika sikap kebergantungan dalam menghadapi cabaran global ini berterusan, negara menjadi sukar untuk mencapai matlamat ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi yang tahu menilai erti kehidupan holistik.

Azlan berkata idea penambahbaikan serta sokongan daripada para anggota PPPPPM amatlah diharapkan bagi merealisasikan pembentukan generasi yang bukan sahaja berjaya dalam pelajaran dan pekerjaan tetapi cemerlang dalam kehidupan mereka yang serba mencabar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori