Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

AMK Tuduh Polis Hantar...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menuduh pihak polis bertindak keterlaluan kerana...

Pemain SSBJ Perlu Manfaat...

KUALA LUMPUR - Pemain badminton remaja negara daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)...

Perancis, Arab Saudi Bincang...

SATU persidangan khas antara Perancis dan Arab Saudi membincangkan isu kemanusiaan Yaman di...

SPRM Cuai, Keluarga Ahmad...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan kecuaian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Kecewa Cinta Ditolak, Lelaki Nekad Terjun Tingkat 30 

AKIBAT terlalu kecewa cintanya ditolak, seorang lelaki di timur China sanggup untuk terjun bangunan setinggi 30 tingkat untuk ‘menyembuhkan’ kekecewaannya.

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat Suzhou wilayah Anhui dalam kejadian yang berlaku pada 10 Disember lalu.

Menurut sebuah laman antarabangsa, lelaki itu mengalami gangguan mental setelah gagal dalam perhubungan cinta cuba untuk membunuh diri dari tingkat 30 sebuah pusat membeli-belah di bandar tersebut.

Malah suspek difahamkan cuba dinasihatkan oleh rakannya untuk membatalkan niat dan kerja gila itu namun tidak diendahkannya.

Kecewa Cinta Ditolak, Lelaki Nekad Terjun Tingkat 30 

Kecewa Cinta Ditolak, Lelaki Nekad Terjun Tingkat 30 


Menerusi rakaman daripada CCTV NEWS, suspek yang memakai baju sejuk (sweater) berwarna Maroon dirakam berdiri di tebing bangunan bersama sebatang besi di tangannya.

Salah seorang anggota penyelamat mengalihkan perhatian mangsa dengan bercakap-cakap dengannya sementara anggota yang lain cuba menghampiri suspek dari belakang untuk menyelamatkannya.

Tindakan pantas anggota penyelamat itu berjaya merangkul badan suspek dan menariknya ke tepi sebelum dibantu oleh beberapa orang lelaki yang berada di tempat kejadian. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori