Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Perairan Malaysia Tetap Selamat...

SIBU - Masyarkat perkapalan antarabangsa diminta agar tidak bimbang dengan ancaman lanun atau...

Johor Pertimbang Guna Insinerator...

KOTA ISKANDAR - Kerajaan negeri akan berbincang dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal bagi...

Krisis Selangor: Nik Nazmi...

PETALING JAYA - Selepas disebut-sebut menjadi individu ketiga sebagai calon menteri besar Selangor...

Tips Siswa: Jangan Joli...

APABILA berkaitan duit, kita semua tahu bahawa orang ramai mempunyai kaitan rapat dengannya...

Kecoh Salji Sehari Di Sahara Selepas Pernah 1979

ALGIERS – Buat pertama kali dalam hampir 40 tahun, padang pasir Sahara diselaputi salji sehingga menjadi tular apabila menawarkan pemandangan unik yang pasti membuat sesiapa sahaja terpaku.

Bak lagu dendangan penyanyi terkenal Indonesia, Anggun, ‘Snow On The Sahara’ (Salji di Sahara), pasir jingga di gurun yang terbentang luas itu dilihat bertukar menjadi keputih-putihan disebabkan lapisan salji yang tipis.

Malah suasana salji selama sehari itu juga dilihat bersimpang siur pada gumuk-gumuk pasir hingga menghasilkan semacam bentuk corak yang begitu indah, menurut laporan portal berita antarabangsa, The Independent.

Gambar eksklusif fenomena alam itu sempat dirakam oleh jurugambar amatur, Karim Bouchetata di sebuah bandar kecil di Algeria, Ain Sefra, dengan 35,000 penduduk di Pergunungan Atlas terletak di bahagian utara gurun Sahara.

sahara1

sahara2

Kali terakhir sajli pernah dilihat di Ain Sefra, kira-kira 714 kilometer dari ibu negara Algiers; ialah pada 18 Februari 1979, apabila dilaporkan ribut salji selama setengah jam menyebabkan aliran trafik disekat dengan begitu dahsyat.


Karim berkata salji nadir yang turun itu meliputi gurun tersebut selama sehari sahaja iaitu pada 19 Disember. Beliau berkata semua penduduk terpegun apabila melihat salji turun di gurun, kerana ia sesuatu yang jarang berlaku.

“Ia kelihatan menakjubkan ketika salji meliputi pasir, dan menjadi bahan terbaik untuk peminat fotografi. Namun salji itu hanya bertahan selama sehari sebelum kemudian cair,” kata beliau yang dipetik oleh The Independent.

Ain Sefra dikenali sebagai ‘Gerbang Gurun’ kerana mencatat suhu purata lebih 37 darjah Celsius pada musim panas tetapi pernah mencecah rekod serendah -10.2 darjah Celsius semasa musim sejuk. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori