Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

SFC Rampas 561 Tiang...

KUCHING - Pegawai penguatkuasa Sarawak Forestry Corporation (SFC) dari Pejabat Wilayah Kuching hari...

Tip 10 Amalan Sunat...

HARI Jumaat merupakan Saiyyidul Ayyam atau penghulu bagi segala hari. Ini kerana terdapat pelbagai...

Djokovic Tempah Slot Separuh...

LONDON - Pemain tenis dari Serbia, Novak Djokovic menempah slot ke saingan separuh...

Operasi Kebakaran HSA Selesai...

JOHOR BAHRU - Tindakan pantas anggota Bomba dan Penyelamat mengawal kebakaran di wad...

Kedai Emas Plaza OUG Rugi Lebih RM1 Juta Dirompak 4 Lelaki

KUALA LUMPUR – Sebuah kedai emas di Plaza OUG di sini kerugian lebih RM1 juta selepas dirompak empat lelaki bersenjatakan pistol dan parang.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, empat lelaki memakai topeng, helmet serta ves warna hijau masuk ke kedai berkenaan dan mengacukan pistol ke arah pekerja yang berada di dalam premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor berkata seorang daripada suspek bertindak memecahkan kaca kotak pameran barang kemas menggunakan tukul dan dipercayai melarikan barang kemas daripada 21 dulang.

“Suspek masing-masing membawa senjata seperti parang, tukul serta pistol kemudiannya melarikan diri menggunakan kereta jenis Mercedes,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata semasa kejadian, lima pekerja iaitu tiga wanita dan dua lelaki berada di premis berkenaan.


“Pekerja perempuan sedang makan dan pekerja lelaki berada di tempat pameran manakala pengawal keselamatan berada kira-kira sembilan meter dari kedai emas iaitu dekat pintu utama plaza berkenaan,” katanya.

Othman berkata pihak polis sedang giat menjalankan usaha mengesan suspek dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis sekitar akan diteliti.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun menggunakan senjata secara berkumpulan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori