Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Anjing, Kucing Jadi Hidangan...

SETIAP kali festival tahunan makan daging anjing diadakan di Yulin, China, dalam bulan...

500 Sukarelawan Dun Telemong...

HULU TERENGGANU - Sebanyak 500 anggota Skuad Sukarelawan Bencana (SSB) Dewan Undangan Negeri...

Wee Wern Rangkul Kejuaraan...

KUALA LUMPUR – Pemain skuasy wanita negara, Low Wee Wern meneruskan momentum di...

273 Pelajar, 3 Guru...

PASIR GUDANG - Seramai 273 pelajar dan tiga guru dari 27 buah sekolah...

Kelantan Umum 13 Disember Sebagai Hari Kelepasan Am

KOTA BHARU – Kelantan mengumumkan 13 Disember sebagai hari kelepasan am sempena pengisytiharan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata tarikh itu sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Sultan Muhammad V di Istana Negara.

“Maka adalah dengan ini diisytiharkan pada tarikh 13 Rabiul Awwal 1438H bersamaan 13 Disember 2016M adalah hari kelepasan am di Negeri Kelantan Darulnaim.

“Marilah sama-sama kita memanjatkan doa kehadrat Allah Azzawajalla agar Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam jagaan dan lindungan Ilahi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Sultan Muhammad V dijadual berangkat tiba di ibu negara pada pagi 13 Disember bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-244 (Khas) diikuti dengan Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan serta pengisytiharan memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 yang akan berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori