Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

‘Tiada Lagi Isolasi Jika...

PUTRAJAYA : Pemansuhan prosedur pengasingan bagi mana-mana individu yang didapati menjadi kontak rapat...

Banduan Tidak Seharus Dijemput...

Kehadiran bekas perdana menteri Najib Razak ke sebuah majlis di istana baru-baru ini...

Jerebu: Nelayan Pantai Di...

KUALA TERENGGANU - Kebanyakan nelayan pantai di sini yang keluar menangkap ikan awal...

17,352 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 di negara ini menurun kepada 17,352 kes...

Keluarga Juruterbang TUDM Harap Siasatan Terperinci

BUTTERWORTH – Keluarga mangsa nahas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas berhampiran Terminal Peluru Pangkalan Udara Butterworth, di sini semalam berharap siasatan terperinci dapat dilakukan segera.

M. Chellam, 72, bapa kepada juruterbang yang terkorban dalam kejadian itu, mendiang Mejar C. Kayamboo, 45, berkata mereka sekeluarga berharap keputusan siasatan dapat diketahui secepat mungkin dan dimaklumkan kepada anggota keluarga.

“Kami berharap siasatan itu dibuat secara teliti demi keadilan untuk mendiang anak sulung saya. Walaupun sedih dengan kejadian yang menimpa Kayamboo namun saya reda dengan kejadian tersebut.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada TUDM yang membantu menguruskan mayat mendiang Kayamboo,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata isterinya M. Indera Devi, 63, dan isteri Kayamboo, S. Usha, 42, sehingga kini masih tidak dapat menerima kenyataan dan menganggapnya sebagai mimpi namun Chellam menasihatkan mereka agar menerimanya sebagai takdir.

Chellam berkata empat anak Kayamboo berusia dua hingga 13 tahun telah dimaklumkan mengenai insiden itu, sebelum mayatnya dibawa ke rumah di Taman Seri Nibong, Sungai Nibong dekat sini kira-kira 1 pagi tadi selepas selesai bedah siasat di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

“Selepas kejadian itu, kami memang tidak beritahu anak-anak mendiang kerana bimbang mereka terkejut, tetapi sebelum mayat dibawa pulang, saya sendiri beritahu kepada cucu tentang kejadian itu dan ternyata mereka juga tidak dapat menerima kehilangan Kayamboo,” katanya.


Chellam yang merupakan pengusaha kedai makan berkata semasa membuat pengecaman Kayamboo, didapati hampir 80 peratus badan mayat anaknya terbakar akibat insiden itu.

Katanya mayat anaknya dibawa pulang ke rumah mereka terlebih dahulu untuk upacara keagamaan dan penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Krematorium Batu Lanchang untuk dibakar kira-kira 3 petang ini.

Dalam kejadian petang semalam, sebuah pesawat TUDM jenis Beechcraft B200T yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang, terhempas berhampiran Terminal Peluru Pangkalan Udara Butterworth, di sini.

Kejadian pada 5.18 petang itu telah mengorbankan juruterbangnya, manakala tiga anggota lain cedera, seorang daripadanya dirawat di Hospital Pulau Pinang dan dua lagi menerima rawatan di HSJ. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori