Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tenis: Ferrer Tekad Buru...

VIENNA - Jaguh tenis Sepanyol, David Ferrer jelas bertekad untuk layak beraksi di...

SST: Harga Barangan Masih...

KUALA LUMPUR – Hari pertama pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) hari...

Hasrat Halim Othman Kendali...

PETALING JAYA - Hasrat penyampai radio Suria FM Halim Othman untuk mengendalikan program...

Tuduhan Terhadap PM Bersifat...

SUSULAN tuduhan akhbar Wall Street Journal bahawa dana 1MDB berjumlah AS$700 juta (RM2.6 bilion)...

Kelulut Farm Dedah Pengunjung MAHA Kepada Madu Kelulut

SERDANG – Bila berkunjung ke Dewan A, Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016, tumpuan pasti terarah kepada gelagat maskot lebah berlatarbelakangkan suasana ladang madu kelulut.

Ruang pameran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) itu yang dinamakan Kelulut Farm, direka bentuk berkonsepkan suasana ladang lebah bagi memberi pendedahan mengenai madu kelulut yang masih kurang dikenali masyarakat.

Timbalan Pengarah Program Penggunaan Sumber Agrobiodiversiti MARDI, Dr Rosliza Jajuli berkata MARDI turut membawa koloni kelulut ke dalam dewan itu memandangkan lebah berkenana tidak mempunyai sengat.

“Bagi orang yang tidak mengenali kelulut, mungkin ada yang ingat ia lalat kerana bentuk sarangnya juga berbeza dengan lebah biasa, jadi pengunjung boleh melihat dan pegang sendiri lebah itu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.

Beliau berkata MARDI turut mempromosikan produk keluarannya, Nutrima Kelulut Honey dan kursus penternakan lebah kelulut kelolaan institut itu.

Dr Rosliza berkata MARDI menjalankan kursus itu bagi memberi pendedahan kepada mereka yang berminat untuk menjadi penternak kelulut, mengenai pemprosesan,madu tersebut, memandangkan ia berbeza dengan madu biasa.


“Ada seorang pengunjung berkata dia pernah menyertai kursus madu kelulut tetapi dia tidak dimaklumkan bahawa madu ini perlu diproses bagi mengurangkan kandungan air kerana jika tidak, ia akan masam dan khasiatnya menurun,” katanya.

Dr Rosliza berkata madu kelulut mempunyai pelbagai khasiat seperti mempunyai empat kali ganda antioksida berbanding madu lebah lain dan asid fenolik yang berguna kepada manusia.

MAHA 2016, yang merupakan ekspo pertanian terbesar Malaysia, dengan tema ‘Makanan Kita, Masa Depan Kita’, berlangsung di MAEPS sejak 1 Dis dan dijadual berakhir 11 Dis ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori