SEPASANG kembar telah `dikahwinkan’ antara satu sama lain oleh ibu bapa mereka yang percaya dengan berbuat demikian, ia dapat membuang nasib malang yang bakal menimpa anak mereka itu.
Pasangan kembar lelaki dan perempuan itu, Teekatat dan Tawisa Hiranmekawanit, yang berusia tiga tahun, telah dikahwinkan dalam satu majlis tradisional di wilayah Ang Thong, Thailand.
Ibu bapa kembar itu percaya, anak mereka merupakan pasangan kekasih pada hayat lalu namun telah dipisahkan dalam satu tragedi dan kini dilahirkan semula sebagai kembar.
“Mereka perlu berkahwin atau salah seorang akan mati. Kami menyediakan majlis perkahwinan mengikut kepercayaan kami.
“Mereka tidak dapat bersama pada hayat lalu namun kini dilahirkan semula sebagai kembar,’’ kata ibu mereka, Sasi Hiranmekawanit.
Dengan mengadakan majlis perkahwinan itu juga, Sasi berkata, ia bagi menunjukkan bahawa kembar itu gembira bersama.
“Ia adalah satu kepercayaan purba untuk memastikan mereka tidak terpisah lagi,’’ katanya.
Majlis perkahwinan itu dijalankan dengan penuh istiadat.
Bagaimanapun perkahwinan itu tidak terpakai dalam undang-undang dan mereka juga pastinya akan mencari pasangan lain apabila dewasa kelak. – MYNEWSHUB.CC