Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Kentut’ Berjaya Tukar Nama...

TIDAK boleh dinafikan, antara keputusan yang paling sukar bagi setiap ibu bapa ketika...

Mengejutkan.. Lindsay Lohan Peluk...

SEAKAN pelik dan aneh, Lindsay Lohan sekali lagi mencetuskan sensasi dalam dunia hiburanƃā€šĆ‚Ā apabila...

Kelebihan Zon Perdagangan Bebas...

BAGI memajukan negara kita, ia memerlukan tiga perkara iaitu hab logistik, hab perkhidmatan...

Penerbangan KT-JB Mula Sebelum...

KUALA TERENGGANU - Perkhidmatan penerbangan terus dari Kuala Terengganu ke Johor Baharu akan...

Kementerian Kaji Cadangan Perluaskan Kawasan KADA

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengkaji cadangan memperluaskan kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) ke Rantau Panjang dan Machang.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata kajian menyeluruh termasuk perundangan, perjawatan, sosioekonomi dan pengoperasian, perlu dilakukan terlebih dahulu.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Abdullah Mat Yassim mengenai kawasan pertanian yang perlu diperluaskan dan bila ia boleh dilaksanakan di bawah KADA, pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Setakat ini, KADA beroperasi di 10 kawasan termasuk Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas Pasir Putih dan Tumpat.

Menjawab soalan tambahan Abdullah mengenai pemberian duit saraan kepada petani yang menghadapi bencana terutama musim padi tidak menjadi, Tajuddin berkata kerajaan telah memberi pelbagai bantuan kepada petani.


Menurutnya, ini termasuk pemberian RM2,500 bagi satu hektar sawah padi, selain subsidi harga padi, subsidi baja padi, insentif pengeluaran padi dan subsidi harga beras.

Bulan lepas, Tajuddin berkata kementerian telah membelanjakan sebanyak RM1.9 bilion sebagai subsidi dan insentif kepada 155,000 pesawah padi seluruh negara pada tahun ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori