Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kastam Rampas Rokok Seludup...

SEREMBAN - Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan merampas rokok...

PAN Dakwa Bukan Kafir...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) berang dengan kenyataan Mufti Pahang, Datuk...

Sifar Penularan Tempatan, 4...

MALAYSIA kembali mencatat sifar kes penularan tempatan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan,...

Antartika Rekod Suhu Paling...

NEW YORK - Benua Antartika dikesan merekodkan suhu tinggi 18.3 darjah Celsius.Bacaan suhu...

Kementerian Siasat Lambakan Beras Import

PARIT BUNTAR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyiasat dakwaan berhubung berlakunya lambakan beras import sehingga menyebabkan harga beras tempatan terjejas.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata perkara itu perlu disiasat walaupun harga pasaran beras antarabangsa ketika ini telah jatuh dan kos mengimport sudah berkurangan.

“Apabila harga jatuh maknanya kos mengimport juga sudah berkurangan, maka kita boleh jual murah daripada dulu, bagaimanapun sekiranya perkara ini berlaku ia akan menjejaskan beras tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Majlis Perjumpaan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Bersama Pesawah Daerah Kerian di Dewan Serbaguna Batu Lima di sini, hari ini.

Ditanya sama ada pihak kementerian akan mengurangkan kuota beras import, Tajuddin berkata kerajaan tidak pernah meletakkan kuota sebaliknya akan mengimport bergantung kepada keperluan negara.


“Secara purata kita akan import 900 tan metrik setahun kalau bekalan dalam negara sudah banyak jadi tidak perlulah kita import amaun yang sama. Kita akan bagi tahu Bernas (Padiberas Nasional Bhd) untuk kurangkan 500 ke 600 tan metrik jika betul ada lambakan seperti yang didakwa,” katanya.

Mengenai masalah saliran air yang didakwa boleh menjejaskan hasil tanaman padi di kawasan berkenaan, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan di peringkat kementerian bagi mengenal pasti punca berlaku masalah itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori