Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Satu Lagi Pembohongan WSJ...

KUALA LUMPUR - Dakwaan palsu 'The Wall Street Journal' (WSJ) terhadap Malaysia sekali...

Tekanan Punca Ambil Keputusan...

PUTRAJAYA - Tekanan membuatkan remaja perempuan yang mengandung anak luar nikah mengambil keputusan...

Jerebu: Indonesia Belum Bersedia...

PUTRAJAYA - Malaysia tidak pernah bertanya Indonesia kenapa ia tidak menerima tawaran untuk...

AKSEM Perlis Rampas Rokok...

KUALA PERLIS - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Perlis merampas rokok putih dan...

Lori Dilanggar Keretapi, Pemandu Nyaris Maut

SEBUAH video memaparkan kelibat seorang pemandu lori arang batu di China terpaksa membuat keputusan kritikal hidup atau mati apabila nyaris dilanggar kereta api.

Menerusi video yang tersebar, sebuah lori dirakam cuba melintasi sebuah landasan kereta api namun tidak berjaya.

Kelibat seorang pemandu dilihat bergegas membuka pintu dan melompat dari lori berkenaan sebelum kepala lori itu hancur dirempuh kereta api model K889.

Lori Dilanggar Keretapi, Pemandu Nyaris Maut

Beberapa serpihan kepala lori tersebut dilihat berterbangan akibat rempuhan tersebut. Manakala pemandu lori itu dirakam terbaring bersebelahan landasan itu.

Insiden tersebut dirakam di antara stesen Qing’an dan Shuangfeng wilayah Heilongjiang.


Menurut laman tempatan negara itu, insiden yang berlaku mencetuskan pelbagai spekulasi.

Ada sesetengah netizen mendakwa bahawa lori berkenaan tersekat pada landasan kereta api tersebut namun dakwaan itu diragui kesahihannya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori