Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Khairy Kekal Jawapan ‘Sedia...

PUTRAJAYA - Program Pembangunan Bola Sepak Nasional (NFDP) kekal diuruskan Kementerian Belia dan...

Juwairiya Dilantik Sebagai Setiausaha...

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli mengesahkan...

Cuma 395,000 Rakyat Johor...

ISKANDAR PUTERI - Pemberian air percuma kepada sejumlah isi rumah berpendapatan rendah di negeri ini, akan dilaksanakan bermula awal September depan. Menteri Besar Johor, Datuk...

Bapa Nafi Viral Anak...

JITRA - Bapa kepada wanita yang viral menerusi laman sosial kerana dikatakan membunuh...

Kepulauan Solomon Bergegar Lagi, Gempa 6.9 Magnitud

SYDNEY – Gempa sekuat 6.9 magnitud menggegarkan Kepulauan Solomon awal pagi ini, sehari setelah satu gempa besar, meningkatkan ancaman ombak besar tsunami.

Demikian menurut para pegawai.

Gempa yang berlaku pada pukul 6.10 pagi (3.10 pagi waktu Singapura), berpusat sekitar 90 kilometer di barat Kirakira, iaitu ibu kota sebuah wilayah di Kepulauan Solomon, pada kedalaman 10 kilometer, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pusat Amaran Tsunami Pasifik menyatakan tiada ancaman tsunami daripada gempa tersebut tetapi menjangkakan ‘ombak-ombak tsunami yang berbahaya’ setinggi satu hingga tiga meter melepasi paras air laut di perairan kepulauan itu.

Jabatan itu turut memberi amaran, ombak setinggi 0.3 meter di perairan Australia, Fiji, Kiribati, Nauru, New Caledonia, Papua New Guinea, Tuvalu dan Vanuatu.

Menurut USGS lagi, terdapat kemungkinan adanya mangsa dan juga kerosakan akibat gempa tersebut.

Gempa itu berlaku sehari selepas satu lagi gempa dengan 7.7 magnitud di gugusan pulau tersebut, menyebabkan gegaran kuat dan amaran tsunami dikeluarkan.


Sekalipun begitu, tiada laporan tentang sebarang kerosakan serius sejauh ini.

Kepulauan Solomon adalah sebahagian daripada ‘Lingkaran Api’, iaitu zon kegiatan tektonik yang terkenal dengan gempa bumi yang kerap berlaku dan letusan gunung berapi.

Pada 2007, satu gempa sekuat 8.0 magnitud pernah melanda Kepulauan Solomon, mengorbankan 52 nyawa dan menyebabkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal apabila ombak tsunami setinggi 10 meter membadai. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori