Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Najib Mohon Pindah 25...

KUALA LUMPUR - Permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk...

Polis Tahan Lelaki Bakar...

PADANG TERAP - Pihak polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 23 tahun berhubung...

“Masya Allah… Sia-Sia Dia...

Kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik untuk memasukkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB)...

Indonesia Sedia 12 Kapal...

JAKARTA – Tentera Laut Indonesia (TNI) tmenyediakan 12 Kapal Perang Republik Indonesia (KRI)...

Kerajaan Campuran 1973 Pertahanankan Kedaulatan

KUALA LUMPUR – Kerajaan campuran yang diwujudkan oleh UMNO dan PAS pada tahun 1973 terbukti berjaya mengukuhkan perpaduan umat Melayu Islam di Malaysia waktu itu.

Ketua Pusat Penyelidikan PAS, Mohd. Fadli Ghani berkata, kerajaan campuran itu turut meredakan kekecohan yang timbul disebabkan insiden 13 Mei 1969 yang berpunca daripada penghinaan pemimpin politik Cina ke atas orang Melayu.

“Politik Malaysia telah digegarkan oleh isu perkauman terburuk selepas Pilihan Raya Umum 1969. Tindakan pemimpin politik Cina terutama DAP menghina orang Melayu selepas kekalahan Perikatan di Pulau Pinang, Perak dan Selangor telah merebak menjadi rusuhan perkauman.

“Kemuncak kepada pergolakan kaum ini telah mencetuskan tragedi 13 Mei 1969 yang memaksa negara ini didaruratkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulans lanjut, Mohd. Fadli berkata, perisytiharan darurat pada 15 Mei 1969 itu telah membawa kepada penggantungan seluruh aktiviti politik dan negara ditadbir oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) mulai 17 Mei 1969.

Kata beliau, kemudian Yang Dipertua Agung PAS, Datuk Mohd. Asri Haji Ali pada 5 Ogos 1970 telah meminta supaya orang Melayu bersatu padu untuk mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara ini.


Katanya, pada 12 Disember 1970, Datuk Abdul Samad Idris telah menyarankan supaya PAS berunding dengan Perikatan untuk membentuk kerajaan campuran di Kelantan dan Terengganu.

“Tindakan Mohd. Asri menyatakan keterbukaan PAS untuk berunding telah mendapat respon positif daripada Naib Presiden UMNO, Abdul Ghafar Baba pada 29 April 1972.

“Akhirnya Kerajaan Campuran berjaya ditubuhkan di Kelantan, Terengganu dan Kedah dan diperingkat Pusat pada 1 Januari 1973,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori