Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Keluar Bersama, Neelofa-Hans Kembali...

BARU-BARU ini, netizen yang 'bermata helang' telah pantas menghidu pergerakan pengacara Neelofa dan...

Pemimpin Pembangkang Kemboja Ditahan...

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Saifuddin Abdullah mengesahkan Naib Presiden Cambodia National Rescue...

Catuan Bekalan Air Di...

KANGAR - Catuan bekalan air di kawasan utara Perlis dari Wang Kelian, Kaki...

Abu Sayyaf Muat Naik...

KOTA KINABALU - Gambar empat warga Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf dipercayai...

Kerajaan Nafi Keluarkan Notis Kenaikan Harga Minyak Masak

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin menafikan kerajaan pernah mengeluarkan notis pemberitahuan mengenai kenaikan harga minyak masak kepada peniaga sebelum kenaikan harga baharu dilaksanakan.

Hamzah hari ini membuat penjelasan bagi memperbetulkan persepsi masyarakat yang mengatakan antara punca peniaga menyorok stok minyak masak, adalah disebabkan notis awal kenaikan harga yang dikeluarkan kerajaan.

“Saya nak perbetulkan tentang isu minyak masak, kerajaan bagi notis seolah-olah kerajaan akan naikkan harga, itu tidak betul. Kerajaan tidak pernah keluarkan notis pemberitahuan tersebut,” katanya pada persidangan Dewan Negara di sini.

Beliau menjawab soalan tambahan Khairiah Mohamed yang ingin tahu mengenai aduan pembeli terhadap peniaga yang menyorok barang minyak masak sebelum kenaikan harga diumumkan kerajaan.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata rakyat digalakkan mendaftar sebagai sukarelawan ‘Friends of KPDNKK’ (FOK) bagi mendapat manfaat dari segi kepenggunaan.


Terdahulu, ketika menjawab soalan asal Tan Sri S. Nallakaruppan mengenai kejayaan program FOK dalam menangani kenaikan harga barang, katanya setakat ini, kementerian telah menerima seramai 400,000 penyertaan bagi program itu.

Menerusi penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS), harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) kekal RM2.50 tetapi minyak masak dalam botol dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 Nov lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori