Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

DBKL Rampas Unit PA...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan bertindak merampas unit Perumahan...

Belia Dipelawa Sertai Debat...

KUALA LUMPUR - Pertandingan bahas antarabangsa, Debat Belia ASEAN 2018 akan diadakan di...

Belanjawan 2023: Tiada Pengenalan...

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tahun...

Jerebu: 8 Kawasan Catat...

KUALA LUMPUR - Keadaan jerebu di lapan kawasan masih mencatatkan Indeks Pencemaran Udara...

Rancang Banyak Program P’bangunan Di Batang Sadong

BATANG SADONG (Sarawak) – Banyak lagi pembangunan infrastruktur yang dirancang dan bakal dilaksanakan di kawasan Parlimen Batang Sadong bagi merancakkan lagi kemajuan dan peningkatan taraf hidup masyarakat di kawasan ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Nancy yang juga anggota Parlimen kawasan Batang Sadong berkata projek pembinaan Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.5 kilometer dengan kos pembinaan lebih RM230 juta telah membuka mata dan menjadi perangsang kepada seluruh penduduk di kawasan berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem akan menyempurnakan majlis perasmian jambatan itu minggu depan.

Pembinaan jambatan itu membuka pelbagai bentuk aktiviti termasuk peluang ekonomi, katanya ketika berucap selepas larian Jambatan Batang Sadong di sini, kira-kira 83 kilometer dari bandar raya Kuching pagi ini.

“Selain daripada pelaksanaan pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, dewan orang ramai dan sebagainya, kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program pembangunan modal insan pada tahun ini di kawasan Batang Sadong,” katanya.

Menurut Nancy, penduduk di sini juga tidak putus-putus didedahkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran menerusi penganjuran seminar, bengkel dan latihan dengan kerjasama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan pihak swasta.

Katanya, sepanjang program memperkasakan ilmu dan kemahiran penduduk di kawasan ini, beliau mendapati ramai di kalangan belia sudahpun berkecimpung dalam bidang keusahawanan dan mempunyai pelbagai bakat kemahiran yang tersendiri.

“Apa yang tinggal hanyalah bantuan daripada pelbagai pihak tidak kira sama ada pihak kerajaan, NGO mahupun swasta mengenai inisiatif-inisiatif yang boleh membantu golongan pewaris masa depan negara ini untuk pergi lebih jauh dalam bidang yang mereka ceburi.


“Mereka adalah aset yang perlu kita pimpin agar kawasan kita ini nanti dapat berkembang lebih maju dan dapat mengeluarkan pelbagai produk unik, tersendiri dan jenama yang berteraskan Batang Sadong,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan semua pihak yang terbabit untuk tampil dan menawarkan pelbagai bentuk bantuan sama ada dalam bentuk ilmu, kepakaran dalam kemahiran mahupun insentif-insentif yang boleh mengembangkan perniagaan golongan ini.

Beliau berkata Agensi Inovasi Malaysia (AIM), agensi di bawah seliaan kementerian beliau akan melihat sendiri serta mengenal pasti masalah dari aspek pengeluaran dan pemprosesan produk selain potensi-potensi yang ada.

Katanya, jaringan AIM dengan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara mungkin dapat membantu penduduk terlibat dalam memudah dan mempercepatkan produktiviti serta mengurangkan lagi kos pengeluaran.

Nancy berkata adalah menjadi impian beliau untuk melihat kawasan Batang Sadong menjadi sebuah destinasi yang menjadi kunjungan orang ramai kerana keunikan dan produk tempatan yang lain daripada apa yang ada di pasaran, sekali gus mengubah lanskap keseluruhan wajah Batang Sadong menjadi sebuah pekan setanding dengan bandar lain di Sarawak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori