Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Keropok Lekor Tok Beng...

KUALA TERENGGANU- Berkat Nazri Nazir Enterprise, pengeluar keropok lekor terkenal di Bukit Tok...

Muhyiddin Tinjau Aktiviti Di...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan tinjauan aktiviti jualan dan...

PRU15 Dijangka Pada Separuh...

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kemungkinan akan diadakan pada separuh...

3 Sekeluarga Rentung Dalam...

KOTA KINABALU - Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah di...

Kerja Penyenggaraan Bekalan Elektrik Dirancang Awal TNB

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja penyelenggaraan di Pencawang Masuk Utama (PMU) milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bukit Badong pada 19 Disember ini adalah penyelenggaraan pencegahan yang dilakukan setiap tiga tahun sekali.

TNB dalam satu kenyataan media berkata, kerja-kerja penyelenggaran itu yang akan menyebabkan gangguan bekalan ke loji-loji rawatan air utama di Selangor dan Kuala Lumpur adalah untuk mengelakkan sebarang gangguan bekalan elektrik di PMU tersebut di masa depan.

“Kerja-kerja ini telah dirancang lebih awal oleh TNB (bermula 27 September 2016) dan tarikh 19 Disember telah diputuskan dalam satu mesyuarat yang diadakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 31 Oktober 2016.

“Mesyuarat telah dihadiri wakil-wakil dari sektor air antaranya Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dan Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH) selain TNB,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut TNB, secara keseluruhannya kerja-kerja yang terlibat dijangka mengambil masa 16 jam kerana skop kerja terbahagi kepada dua iaitu penyelenggaraan berjadual dan pemasangan perlindungan arka yang bertujuan mengurangkan tahap kerosakan peralatan dan meminimumkan masa `downtime’.


Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) pada 15 Disember lalu memaklumkan TNB akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan bekalan elektik di Pencawang Bukit Badong.

Beberapa kawasan di Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara semasa dan selepas kerja-kerja penyelenggaraan bekalan elektrik oleh TNB tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori