Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pelantikan Speaker Hak Parti...

KUALA LUMPUR - Pelantikan Speaker Dewan Rakyat adalah berdasarkan tradisi yang diwarisi dari...

Kes Rasuah Guan Eng:...

Kuala Lumpur : Bekas Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (Consortium Zenith) memberitahu...

KP1M Terus Terap Semangat...

KUALA LUMPUR - Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang wujud atas dasar menjadikan UMNO...

Sony Akan Naikkan Harga...

TOKYO: PlayStation 5 (PS5) Sony bukan sahaja sukar dicari, mahal harga bakal menjadi...

Kes Malaria Di Perak Terkawal – Dr. Subramaniam

SEGAMAT – Penularan kes malaria di Pos Kemar, Hulu Perak adalah terkawal dan pemeriksaan darah ke atas mereka yang positif didapati tidak berlaku jangkitan penyakit tersebut, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam.

Beliau berkata pemeriksaan terhadap 4,500 penduduk di 12 perkampungan Orang Asli sekitar Gerik dilakukan selepas terdapat kes yang mempunyai tanda-tanda penyakit malaria.

“Kes sekarang bukan kes yang dikesan sebaliknya lebih 100 orang yang didapati positif ujian darah tidak mengalami gejala malaria dan mereka sihat seperti orang biasa.

“Kita dapati bahawa dalam darah mereka terdapat parasit malaria, namun, kesemua mereka dalam keadaan sihat dan tidak dijangkiti penyakit tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bekalan peralatan kepada 46 penerima program 1Azam kendalian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Parlimen Segamat, di sini hari ini.

Dr Subramaniam berkata mereka yang positif dalam ujian darah itu akan menjalani rawatan selama dua minggu bagi membunuh parasit dalam darah mereka.

“Apabila parasit dalam tubuh mereka mati, ianya tidak boleh merebak,” katanya.


Menjelaskan mengenai peningkatan jumlah penduduk Orang Asli yang dikesan positif malaria di Pos Kemar, beliau berkata peningkatan angka tersebut bukan bermakna Kementerian Kesihatan Malaysia gagal mengawal penyakit berjangkit sebaliknya pihaknya menjalankan ujian terhadap 4,500 orang secara rambang apabila terdapat kes tanda-tanda penyakit malaria.

“Kita telah melakukan pemeriksaan terhadap 12 kampung Orang Asli di Gerik dan kawasan sekitarnya dan ianya terkawal dan penyakit tersebut tidak merebak,” katanya.

Mengulas mengenai kes terbaharu virus zika di Petaling Jaya, Selangor, Dr. Subramaniam berkata lelaki berusia 67 tahun itu merupakan seorang ahli perniagaan dan beliau mendapat jangkitan tersebut di negara ini.

Beliau berkata lelaki terbabit kini dalam keadaan stabil dan siasatan terhadap ahli keluarga pesakit juga sudah dijalankan.

Katanya berdasarkan hasil kajian yang dilakukan, bentuk virus zika yang terdapat pada pesakit tersebut sama dengan bentuk yang ditemui sebelum ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori