Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Militan IS Mara Ke...

DAMSYIK - Kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria semakin menghampiri bandar Kobane...

Penggunaan Dron Lebih 20kg...

PUTRAJAYA - Tiada lesen diperlukan untuk menerbangkan dron namun orang awam yang ingin...

Jenazah Ibu Menteri Komunikasi...

KOTA BELUD - Jenazah Toh Puan Hajah Bandong Hasbollah, ibu kepada Menteri Komunikasi...

Sabah Perlu Berwaspada Terhadap...

KOTA KINABALU - Sabah perlu berwaspada terhadap ancaman keganasan militan Negara Islam (IS)...

Kesemua 13 Pendaki Malaysia Ditemui Selamat

JAKARTA – Kesemua 13 pendaki Malaysia yang terperangkap di atas Gunung Loser di Aceh ditemui selamat semalam, dan mereka sedang diturunkan dari gunung itu oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Pengarah Urusan Global Communication Center Kuala Lumpur (GCC) Mustaqim Mustaza berkata, pasukan mencari dan menyelamat Indonesia menemui kesemua pendaki Malaysia itu termasuk seorang yang dilaporkan terkena serangan hipotermia Ahmad Nazit Rashid berhampiran Kem Kulit Manis 2 di gunung itu.

“Mereka ditemui pada 3.30 petang waktu tempatan dan dilaporkan dalam keadaan selamat termasuk Ahmad Nazit yang telah stabil,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat itu sedang membawa kesemua pendaki ke Puncak Angkasan untuk digabungkan dengan satu lagi pasukan mencari dan menyelamat dan akan turun secara bersama.

Pihak berkuasa Indonesia menerusi pasukan Badan SAR Nasional (Basarnas) telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat sebaik menerima laporan mengenai 13 pendaki Malaysia yang terperangkap akibat cuaca buruk dan ribut di atas gunung yang dikenali sebagai ‘paru-paru dunia’ itu.


Pendaki Malaysia yang menamakan pasukan mereka sebagai Kumpulan Ekspedisi Unity Trans-Lung 2016 itu berlepas ke Medan pada 1 Dis 2016 dan dilaporkan tiba di Base Camp Jalur Kedah di gunung itu pada 2 Dis setelah 20 jam perjalanan darat dari Medan melalui kawasan bukit Tanah Karo.

Setelah seminggu membuat pendakian ke puncak Gunung Loser, kumpulan itu tiba dan berehat di Kem Bipak Kaleng dengan ketinggian 2,972 meter dalam keadaan cuaca buruk. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori