Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tips Berguna Menyimpan Biskut...

SEWAKTU ramai mula sibuk membuat biskut raya, setiap malam pastinya akan ada aroma menarik...

Nelayan Harap Elaun Naik,...

GEORGETOWN - Seramai lebih 6,000 nelayan di Pulau Pinang berharap agar kerajaan memberi...

Konsert Search 35 Tahun...

Kuala Lumpur - Konsert Search 35 Tahun yang bakal diadakan di Stadium Merdeka,...

Jangan Abai Mesej Program...

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menasihatkan pembayar cukai tidak...

KFA Naikkan Harga Tiket Bola Sepak Kedah Musim Depan

ALOR SETAR – Harga tiket bagi menyaksikan semua perlawanan bola sepak di Stadium Darul Aman di sini akan dinaikkan antara RM4 hingga RM8 bermula musim depan.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat persetujuan daripada ahli-ahli yang bermesyuarat pada Kongres Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ke-41 yang berlangsung di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Berikutan harga tiket baharu itu, harga bagi tempat duduk berbumbung dinaikkan daripada RM16 kepada RM20 manakala bagi tempat duduk di astaka utama dinaikkan daripada RM22 kepada RM30 sebelum ini.

Bagaimanapun, harga bagi tempat duduk terbuka (tidak berbumbung) masih dikekalkan pada asal iaitu RM10 setiap satu.

Kata Aminuddin, kadar baharu itu adalah berpatutan bagi menampung kos operasi yang meningkat setelah berada di Liga Super dan juga berdasarkan kedudukan kewangan semasa KFA.

“Bila kita di Liga Super ini sudah tentu perbelanjaannya agak tinggi. Kalau ikut harga tiket kita dapat purata dari 2016 ni hanya RM3 juta keseluruhan harga tiket dari pintu masuk.

Bagaimanapun KFA merasakan ada sedikit keperluan di situ untuk kita naikkan harga tiket ini yang lebih munasabah dengan prestasi pasukan kita dengan kedudukan kewangan KFA itu sendiri,” katanya selepas menghadiri kongres itu.

Hadir sama mempengerusikan kongres ialah Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Menteri Besar Kedah.


Kongres kali ini juga menyaksikan bajet KFA sebanyak RM27 juta diluluskan bagi pembangunan bola sepak kelab, negeri dan belia.

“Ia peningkatan sebanyak RM5 juta berbanding tahun lalu yang meliputi pembangunan pasukan Piala Super, Piala Presiden, Piala Belia, pembangunan bola sepak di Kedah, pengadilan, kejurulatihan dan juga tentang pengurusan pasukan bola sepak Kedah,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, KFA masih meneliti dua lagi pemain import bagi mengisi posisi serangan dan pertahanan pasukannya bagi musim hadapan.

Setakat ini dua pemain dari Uzbekistan dan Korea sedang diteliti pihak jurulatih dan pengurus pasukan sebelum menandatangani kotrak bersama-sama pasukan Kedah.

“Liridon Krasniqi bersetuju bersama Kedah dan Sandro Da Silva masih ada kontrak bersama kita dan dua pemain baharu dari Pulau Pinang dan JDT telah dibawa masuk bagi menguatkan pasukan.

“Nasihat saya agar peminat jangan risau kerana 90 peratus pemain tonggak Kedah seperti Rizal Ghazali, Baddrol Bakhtiar masih bersama pasukan dan saya percaya selain Piala Malaysia, Kedah akan berjaya membawa pulang Piala FA dan Piala Liga Super, insya-Allah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori