Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Roberto Mancini Kembali Semula...

MILAN - Inter Milan melantik semula bekas jurulatih, Roberto Mancini semalam, beberapa jam...

“Menteri Kewangan Lebih Berkuasa...

BALING - Ketua Pemuda UMNO menyifatkan tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng melebihi...

18 Kenderaan Dibakar Dalam...

SUBANG JAYA - Sebanyak 18 kenderaan dibakar dalam kejadian rusuhan di tapak Kuil...

Hayati Perjuangan Bersatu Sebelum...

BALIK PULAU – Bekas anggota dan pemimpin UMNO yang ingin menyertai Parti Pribumi...

KJ Anggap Dirinya Panglima Perang Islam Tariq Ziyad

KUALA LUMPUR – Prinsip wala’ atau ketaatan yang diamalkan terhadap pemimpin serta institusi kepemimpinan UMNO bukanlah amalan ‘buta tuli’ tetapi merupakan kesetiaan dituntut oleh agama.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata sememangnya setiap anggota perlu menunjukkan kesetiaan mereka selagi arahan diberi tidak melampaui batas dan pemimpin tidak melakukan sesuatu perkara dilarang agama.

“Ada yang bersangka buruk konon ini kesetiaan membuta tuli… ada yang mungkin kurang memahami… apabila kita bercakap tentang wala’ pastinya kita rujuk pada kesetiaan yang dituntut dalam agama.

“Adakah presiden kita adalah seorang pemimpin yang melampaui batas? Adakah presiden kita ada minta kita melakukan sesuatu yang jelas dilarang oleh ajaran agama?

“Kena faham kenapa 600,000 Pemuda tetap beri wala’ pada Datuk Seri Najib (Tun Razak) hingga ke hari ini,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, yang berakhir hari ini.

Beliau berkata perhimpunan tahunan yang dijadikan platform untuk melontar suara anak muda dan aspirasi golongan itu saban tahun, memperlihatkan pelbagai iniatif membela rakyat dizahirkan oleh Najib.

Khairy berkata sejak memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO lapan tahun lalu, isu-isu menyelubungi golongan muda seperti gaji minimum, hak berpolitik mahasiswa dan kos sara hidup diberi perhatian serius oleh parti.

“Setiap tahun kita bawa cadangan dan aspirasi anak muda, bagaimana untuk ringankan, bagaimana hendak bantu… saya tidak minta dedak, ini semua bukan untuk kepentingan peribadi saya, tetapi kita minta untuk rakyat.


“Apabila kita minta gaji minimum dilaksanakan, Datuk Seri Najib laksanakan. Bila kita minta untuk pinda Akta Universiti dan Kolej Universiti, Datuk Seri Najib pinda.

“Bila kita tengok rakyat tersepit dengan kos sara hidup yang tinggi seperti kenaikan tol dan pengangkutan awam, sekali lagi Datuk Seri Najib bantu ringankan… bila dia turuti, maka wajib kita sokong,” katanya.

Khairy berkata beliau sendiri walaupun tidak punya jawatan dalam kabinet pada penggal pertama sebagai ketua pemuda, beliau langsung tidak merajuk atau berdendam, malah terus setia dan istiqamah dengan kepimpinan Najib.

Menyentuh tentang peranannya yang bertindak sebagai panglima perang Tariq ibn Ziyad, Khairy dengan semangat berkobar-kobar meyakinkan pergerakan akan melaksanakan amanah yang diberikan.

“Pemuda mahu jadi Jabal Tariq dalam memperkukuhkan UMNO dan mempertahankan institusi… dalam Pemuda bukan hanya saya seorang tetapi 600,000 Tariq Ibn Ziyad bersama Najib,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori