Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Nahas Helikopter: Anggota Keluarga...

KUCHING - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membawa 10 orang jurukaunseling untuk...

Burung Ini Miliki Gaya...

SEJENIS unggas di China iaitu burung kuang emas menjadi sensasi dalam kalangan warga...

Lee Chong Wei Ikon...

RIO DE JANEIRO - Pemain badminton kesayangan Malaysia, Datuk Lee Chong Wei tetap...

Puluhan Penduduk Sesak Nafas,...

JOHOR BAHRU - Penduduk Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kulai, di sini, gempar...

Konstabel Polis Patah Tangan Dirempuh Motosikal

IPOH – Seorang konstabel polis patah tangan selepas dirempuh penunggang motosikal dalam satu sekatan jalan raya di sini awal pagi tadi, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Abdul Rani Alias.

Beliau berkata dalam insiden kira-kira pukul 3 pagi, penunggang motosikal itu cuba membuat pusingan ‘U’ dan melawan arus di Jalan Leong Boon Swee dekat Medan Kid bagi mengelak sekatan.

Katanya anggota terbabit, Md Rofizan Musa, 26, mengarahkan penunggang motosikal tersebut berhenti namun enggan lalu merempuh Md Rofizan sehingga mengakibatkan kecederaan.

“Anggota berkenaan telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan sebelum disahkan mengalami patah tangan kiri oleh doktor.

“Dua lelaki masing-masing penunggang dan pembonceng motosikal terbabit berumur 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Menurut Abdul Rani, dalam Op Penguatkuasaan Cegah Samseng Jalanan trafik Ipoh yang bermula pukul 1 pagi hingga 3 pagi tadi, sebanyak 223 motosikal diperiksa dan 181 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan.

Katanya antara kesalahan dilakukan ialah tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, cukai jalan tamat tempoh, melanggar lampu isyarat merah dan mengabaikan isyarat lalu lintas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori