Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Disangka ‘Makhluk Jadian’, Harimau...

MALANG nasib seekor harimau Sumatera apabila dibunuh secara kejam di sebuah perkampungan di...

3 Beradik Dipenggal Kepala...

Malang menimpa tiga beradik apabila mereka diserang dan dipenggal kepala, dipercayai untuk digunakan...

Pakatan Harapan Umpama Kera...

1. Pimpinan Pakatan Harapan pada hari ini dilihat sangat kemaruk kepada kuasa hingga...

DAP Tidak Pernah Sedia...

PARTI utama orang Cina, DAP sangat menyedari kehendak dan sensitiviti orang Cina yang...

KPT Beri Kerjasama Penuh Siasatan Pelajar Terlibat Daesh

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung siasatan membabitkan penahanan dua pelajar Universiti Antarabangsa Al-Ma­dinah (MEDIU) yang disyaki terlibat dengan militan Daesh.

Selain itu, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) akan sentiasa memastikan semua institusi pendidikan tinggi termasuk MEDIU mematuhi Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

“KPT memandang serius penangkapan dua pelajar MEDIU oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas Daesh.

“KPT juga mengambil maklum penjelasan yang telah dikeluarkan oleh pihak MEDIU berhubung perkara ini,” kata kementerian itu dalam kenyataan di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan mengenai penahanan tujuh lelaki pada 3 Nov hingga 16 Dis lepas kerana disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan, dengan dua daripadanya adalah warga asing yang menuntut di MEDIU.

Pada Rabu lepas, Timbalan Rektor Hubungan Luar MEDIU Datuk Dr. Ab. Ghani Mohamad berkata dua pelajar terbabit telah di­singkirkan daripada universiti itu.


Mengenai status penambahbaikan sukatan pelajaran Akidah di MEDIU bagi pengiktirafan kelayakan untuk pelantikan ke perkhidmatan awam, KPT berkata pihaknya mengadakan mesyuarat dengan MEDIU semalam.

Dalam mesyuarat itu, wakil MEDIU memberitahu bahawa ia telah menubuhkan jawatankuasa dalaman bagi mengkaji dan menambah baik sukatan pelajaran Akidah seperti yang dicadangkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Jawatankuasa itu, yang dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif MEDIU Prof Dr Mohammed Khalifa Al-Tamimi, bersedia membentangkan penambahbaikan yang telah dibuat setakat ini kepada panel terdiri daripada MAIS, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan pakar-pakar dari universiti.

“KPT akan menyelaras proses ini. Makluman lanjut akan disampaikan dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori