Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Geng Pukau Johor Bahru...

JOHOR BAHRU – Dua wanita dari China yang disyaki merupakan anggota geng pukau...

Syarikat Pajakan Kenderaan Guna...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan beberapa mangsa yang...

Kedaulatan Negara Tidak Akan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan sekali-kali berkompromi dengan hal-hal...

BN Mula Bincang Tentukan...

DUNGUN: Barisan Nasional (BN) sedang mengenal pasti calon yang akan bertanding pada Pilihan...

Krismas Wadah Penyatuan Rakyat Di Negara Ini

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata seperti perayaan-perayaan lain, Krismas juga menjadi wadah penyatuan rakyat di negara ini.

Ini kerana amalan rumah terbuka dan kunjung-mengunjungi akan mengeratkan lagi perpaduan, menjalin persefahaman serta mengukuhkan silaturahim, katanya.

Beliau berkata dalam konteks di negeri Sabah yang berbilang kaum dan agama, Krismas lebih dirasakan signifikannya dan harus diteladani.

“Benih penghormatan yang ditanam sejak awal dahulu begitu subur. Perbezaan agama tidak menjadi batas penghalang untuk saling berkunjung, duduk dan makan semeja, dalam suasana penuh muhibah.

“Inilah simbol tentang keunikan masyarakat kita dalam kepelbagaian, sekali gus menjadi lambang kesatuan. Begitulah indahnya kita di Sabah,” katanya di laman blog sskeruak.blogspot.my di sini, hari ini.

Salleh menjelaskan pengalamannya sendiri mengenai kenalannya dan masyarakat di Sabah termasuk aspek perkahwinan campur adalah sesuatu yang lumrah bagi masyarakat di negeri itu.

Katanya semua agama mendidik ke arah kebaikan dan yang penting adalah fahaman dan pendekatan harus pragmatik kerana hakikatnya rakyat negara ini daripada ‘rumpun’ yang sama serta Malaysia adalah tanah air bersama.


“Marilah kita berpadu tenaga dan usaha demi negara. Apapun identiti, dan apapun agamanya, sama ada Islam, Kristian, Buddha dan sebagainya, kita semua bertanggungjawab menjamin proses pembangunan berterusan dan keamanan negara berkekalan.

“Untuk itu, mari kita bangunkan kerukunan beragama, dengan memperkukuh toleransi. Mari kita suburkan budaya saling menghargai dan saling menghormati,” katanya.

Bersempena penghujung tahun ini, Salleh turut mengajak rakyat agar menghadapi tahun depan dengan penuh semangat dan pengharapan kerana negara berjaya mencipta banyak kejayaan walaupun berada di tengah-tengah kemelut ekonomi global.

“Justeru, pada tahun hadapan 2017, marilah kita tingkatkan kebersamaan dan kerja keras kita, untuk melakukan usaha yang lebih baik lagi. Selamat Menyambut Hari Krismas 2016 dan Tahun Baru 2017 yang menjelang tiba,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori