Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

TPM Tidak Luluskan Teks...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri tidak pernah meluluskan teks ucapan yang dibaca pada...

Zawawi Idam Kejayaan Di...

KUALA LUMPUR – Selepas mengukir nama dalam perlumbaan berstatus 2.2 dalam kalendar Kesatuan...

IKEA Malaysia Lancar Beli-Belah...

BENTONG - IKEA Malaysia yang secara rasminya melancarkan khidmat beli-belah secara dalam talian...

Negara Perlu Ada Strategi...

KUALA LUMPUR - Malaysia wajar memiliki strategi khusus untuk mengenal pasti, menyelidik dan...

KTMB Naik Taraf Sistem Tiket Selasa Depan

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menaik taraf sistem tiket perkhidmatan tren KTM Antarabandar dan Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) pada Selasa depan.

Dalam satu kentyataan, KTMB berkata kerja menaik taraf akan berlangsung selama 24 jam bermula 12.05 pagi hingga 12 tengah malam.

Sehubungan itu pembelian tiket pada tarikh tersebut hanya boleh dibuat di kaunter KTMB secara manual.

“Sebarang transaksi, semakan, pembatalan atau pindaan melalui aplikasi dalam talian juga akan ditutup sementara waktu dalam tempoh tersebut.

“Orang ramai yang merancang menggunakan kedua-dua perkhidmatan tersebut disaran membuat pembelian lebih awal bagi mengelak sebarang kesulitan,” kata KTMB.


Ia berkata bagi pengguna yang telah membuat tempahan tiket secara atas talian, mereka boleh mencetak tiket perjalanan mereka selewat-lewatnya pada Isnin depan bagi memastikan mereka mempunyai tiket sah sebelum menaiki tren.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau melayari laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori