Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kertas Siasatan Video Lim...

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang sedang melengkapkan siasatan berhubung satu video, yang...

Video Lelaki Mengaku Anak...

SATU rakaman video yang memaparkan seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai anak kepada mangsa...

Annuar Musa Jalani Rawatan...

KOTA BHARU - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dibenarkan keluar dari...

Permohonan ‘Lockdown’ Di Kelantan...

KOTA BHARU - Permohonan kali kedua Kelantan untuk melaksanakan 'lockdown' atau Perintah Kawalan...

Kualiti MRSM Terjaga Walau Syarat Masuk Dilonggarkan

BANDAR SRI JEMPOL – Kualiti kecemerlangan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tetap terjaga meskipun syarat minima kemasukan pelajar Tingkatan 1 dilonggarkan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya beliau percaya dengan kualiti guru-guru yang mengajar di MRSM, kecemerlangan yang sering diraih pelajar-pelajar berasrama penuh itu, akan dapat juga dirasai oleh pelajar luar bandar, terutamanya anak-anak orang miskin.

“Inilah peranan tenaga pengajar di MRSM, walaupun mereka (pelajar) masuk dengan kelayakan yang kurang, tetapi dengan keadaan lebih selesa dan kualiti guru, prestasi kecemerlangan dapat dikekalkan.

“Mereka ini walaupun bijak tetapi mungkin kerana faktor persekitaran menyebabkan mereka tidak berjaya cemerlang seperti pelajar lain sebab itu kita nak buka peluang kepada mereka ini untuk dapatkan laluan khas masuk ke MRSM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kembali Ke Sekolah Sesi 2017, di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Jempol Datuk Mohd Salim Sharif dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting Datuk Shamshulkahar Mohd Deli.

Ismail Sabri berkata syarat minima kemasukan ke MRSM dilonggarkan bagi membolehkan lebih ramai anak-anak orang miskin tegar dan luar bandar dapat belajar dengan selesa.


“Kalau dulu syarat minima adalah 5A dan 4A, kini syarat minima kemasukan bagi pelajar di Semenanjung ialah 3A 3B manakala bagi pelajar di Sabah dan Sarawak pula 3A 2B 1C.

“Bagi pelajar miskin tegar, yatim piatu, anak-anak ibu bapa orang kurang upaya dan Orang Asli, kita bagi laluan khas kemasukan ke MRSM, iaitu syarat minimanya lebih rendah daripada syarat yang saya sebutkan tadi,” katanya.

Sementara itu, seramai 1,256 pelajar sekolah di daerah ini, menerima sumbangan pakaian dan peralatan sekolah, yang disumbangkan oleh Yayasan Pelajaran dan Kebajikan Jempol serta UMNO Bahagian Jempol dan ESPEK Sdn Bhd.

Selain bantuan persekolahan, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jempol turut menyediakan perkhidmatan menggunting rambut secara percuma kepada pelajar-pelajar sekolah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori