Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

4 Maut, Tempat Simpanan...

SEKURANG-KURANGNYA empat orang terbunuh sementara kira-kira 12 mangsa lain cedera akibat letupan di...

Krisis Dalaman: Ahli UMNO...

KUALA LUMPUR - Ahli UMNO diingatkan tidak mengulangi kesilapan yang boleh menimbulkan krisis...

Penguat Kuasa DBKL Didenda...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didenda...

Perkampungan Keris Warisan Seni...

KUALA TERENGGANU – Percutian singkat ke Kuala Terengganu baru-baru ini membawa penulis ke...

Lagi Gesaan Minta Lim Guan Eng Cuti Sementara

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sekali lagi disaran bercuti sementara setelah Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tarikh perbicaraan kes rasuah beliau dan ahli perniagaan Phang Li Koon bermula Mac tahun depan.

Timbalan Ketua Pemuda MCA negeri Ang Chor Keong berkata Lim perlu berbuat demikian bagi memastikan pentadbiran negeri tidak terganggu dan demi kepentingan rakyat Pulau Pinang.

“Sebelum ini mungkin beliau (Lim) tak perlu ambil cuti, tapi kini mahkamah dah tetapkan tarikh perbicaraan, jadi demi kehendak dan kepentingan rakyat beliau perlu bercuti sementara.

“Tugas ketua menteri berat, ia melibatkan pertumbuhan ekonomi, kebajikan rakyat termasuk kemasukan pelaburan asing,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 6 Dis lepas mahkamah menetapkan 34 hari bermula 27 Mac 2017 bagi perbicaraan kes rasuah Lim dan Phang berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran.


Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail berkata tarikh perbicaraan yang diberikan mahkamah juga tidak boleh dipinda memandangkan ia dipersetujui pasukan pendakwaan dan pembelaan.

Tarikh perbicaraan itu ialah pada 27 hingga 31 Mac, 10 hingga 14 April, 24 hingga 28 April, 15 hingga 19 Mei, 29 Mei hingga 2 Jun, 13 hingga 16 Jun dan 17 hingga 21 Julai tahun depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori