Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

4 Budak Terbunuh Kereta...

MILLAS, Perancis - Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak maut manakala 19 cedera termasuk tujuh cedera...

Mira Filzah Tak ‘Takut’...

UMUM mengetahui Aliff Aziz dan Mira Filzah pernah digabungkan dalam drama bersiri Meh...

Hasnal Rezua Miliki Banyak...

SETIAP calon memiliki kelebihan yang mampu menarik pengundi untuk memilih mereka sebagai wakil...

Malaysia Komited Pertahan Makkah,...

KUALA LUMPUR – Malaysia akan bersama-sama kerajaan Arab Saudi untuk mempertahankan kesucian dua...

Facebook Alat Berkesan Promosi Hotel Bajet

NILAI – Laman sosial Facebook boleh dijadikan sebagai medium berkesan bagi mempromosikan hotel bajet di negeri ini, kata Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan, Ahmad Husni Ahmad Basri.

Beliau berkata Facebook adalah medium pemasaran terbaik untuk memasarkan produk perniagaan secara dalam talian kerana ia merupakan laman sosial paling popular di Malaysia.

“Selain itu, saya turut menyarankan supaya Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA) Negeri Sembilan menjalinkan kerjasama strategik bersama agensi lain berkaitan pelancongan termasuk Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Negeri Sembilan.

“Tourism Malaysia Negeri Sembilan mengalu-alukan sebarang kerjasama dengan MyBHA Negeri Sembilan bagi menggiatkan usaha promosi pelancongan khususnya di Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan laman sosial Facebook rasmi MyBHA N9 yang turut dihadiri Pengerusi MyBHA PK Leong dan Pengerusi MyBHA Negeri Sembilan, Suresh Armugam di sini hari ini.

Katanya pengusaha hotel bajet di negeri ini perlu merebut peluang menarik pelancong berpotensi dari dalam dan luar negara khususnya dari negara China ke hotel mereka.

“Maka, hotel bajet boleh menawarkan satu alternatif yang baik bagi penginapan yang memberi nilai kepada wang. Sehubungan itu, usaha pihak MyBHA Negeri Sembilan untuk membangunkan pakej pelancongan di negeri ini bersama penginapan di hotel bajet Negeri Sembilan sangat disokong,” katanya.


Ahmad Husni juga menyarankan nilai tambah dapat dibuat kepada perkhidmatan industri hotel bajet di negeri ini seperti mengadakan kursus bersesuaian kepada kakitangan mereka.

Sementara itu, Suresh berkata selain berperanan menghubungkan dunia mengenali lebih dekat pelancongan di negeri ini, Facebook MyBHA juga boleh memainkan peranan sebagai medium tempahan kepada pengusaha hotel bajet di negeri ini.

“Kita (MyBHA) berperanan mempromosikan produk-produk pelancongan tempatan melalui penyebaran risalah pelancongan, peranan kaunter hadapan dan usaha terbaru MyBHA Negeri Sembilan ialah dalam membangunkan projek pakej pelancongan VISIT N9 @ MyBHA.

“Projek pakej pelancongan VISIT N9 @ MyBHA memberi satu dimensi baharu kepada pilihan pelancong ke Negeri Sembilan. Mereka dapat melawat negeri ini dengan harga pakej yang lebih murah di hotel bajet tetapi kualiti yang baik dan memberi nilai kepada wang,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori