Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PRU Singapura: Lebih 1.1...

SINGAPURA - Sejumlah 1,153,570 rakyat Singapura telah mengundi menjelang tengah hari dalam pilihan...

Peniaga Pasar Malam Didenda...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga pasar malam didenda RM15,000 atau penjara enam bulan...

Ambil Langkah Pencegahan Awal...

KUALA LUMPUR - Orang awam yang tinggal di kawasan yang diwartakan sebagai Kawasan...

Menarik! Pandangan Pelajar Asing...

SEORANG pelajar dari Malaysia, Thaqib Shaker, yang juga merupakan seorang penulis yang kini...

Lebih Banyak EEV Di Malaysia Susulan NAP – Mustapa

PETALING JAYA – Lebih ramai rakyat Malaysia akan menerima konsep Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) melalui inisiatif di bawah Dasar Automotif Nasional (NAP) 2014, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata NAP 2014 yang menggariskan usaha Malaysia ke arah untuk menjadi hab EEV pada masa akan datang, akan membawa kepada peningkatan pendaftaran EEV baharu.

“Pada 2015 sahaja, sebanyak 32.6 peratus daripada jumlah kereta baharu yang didaftarkan adalah EEV. Kami menjangka jumlah ini akan terus meningkat hingga 2017,” katanya dalam ucapan pada majlis makan malam Gala Anugerah Kereta Tahunan Malaysia (COTY) 2016 di sini hari ini.

Katanya acara yang julung kali diadakan itu, merupakan anjuran Institut Automotif Malaysia (MAI), akan menjadi platform kepada kerajaan untuk mengiktiraf pencapaian pengeluar kereta dalam pelbagai kategori.

“Kerajaan, melalui MAI, baru-baru ini menggariskan pelan tindakannya hingga 2050, dan mahu memastikan kita terus kompetitif dengan memudahkan pembangunan teknologi dalam industri domestik kita,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAI Datuk Madani Sahari menekankan kepentingan persaingan untuk memberi manfaat kepada pengguna dan menggalakkan pertumbuhan industri tempatan.

“Bersama Malaysia Autoshow, anugerah COTY melengkapi ekosistem industri automotif dengan memastikan jenama dan aktiviti jualan dijadikan agenda penting di bawah NAP 2014.


“Apabila dilaksanakan melalui anugerah seperti COTY, kami turut menyaksikan bagaimana jenama nasional kita turut menyumbang kepada persaingan dan pilihan yang memberi manfaat kepada pengguna,” katanya.

Pada majlis itu, model Honda Civic 1.5TC dinobatkan sebagai Kereta Tahunan 2016 manakala bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Honda Malaysia Sdn Bhd Yoichiro Ueno, dinamakan sebagai Tokoh Automotif Tahunan 2016.

Kereta Pertama Tahunan dimenangi oleh Perodua Bezza 1.3 Advance.

Proton Saga meraih kategori Anugerah Khas, ‘Nilai Untuk Wang’, kerana menggalakkan persaingan dan memberi lebih banyak pilihan kepada orang ramai. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori