Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kes Jenayah Komersial Di...

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 172 kes berkaitan jenayah komersial yang melibatkan kerugian sehingga...

Vaksinasi Malaysia Terendah Di...

DARI FB NAJIB RAZAKKERAJAAN kata mereka tak pasti fasa 3 pelan vaksinasi negara...

Mansuh SOSMA Bukan Makna...

KUALA LUMPUR - Seorang penyokong kerajaan berpendapat bahawa cadangan memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan...

Sabah Selamat Untuk Dikunjungi...

KENINGAU - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, Sabah...

Lee Chong Wei, Goh V Shem-Wee Kiong Kekal No.1 Dunia

KUALA LUMPUR – Perseorangan badminton utama negara, Datuk Lee Chong Wei dan beregu nombor satu, Goh V Shem-Tan Wee Kiong kekal berada di kedudukan No.1 dalam ranking dunia BWF yang baru dikeluarkan.

Chong Wei mengumpul 79563 mata mengatasi pemain China, Chen Long yang mengumpul 76144 mata dan Jan O Jorgensen dari Denmark (75042 mata).

Seorang lagi pemain perseorangan negara, Iskandar Zulkarnain berada di kedudukan ke-23 dengan 31871 mata sementara Zulfadli Zulkifli berada di kedudukan No.32 dan Chong Wei Feng di kedudukan ke-46 dunia.

Bergu No.1 negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong turut kekal memegang ranking bergu No.1 dunia dengan 71297 mata menewaskan bergu Denmark Mathias Boe- Carsten Mogensen (70834 mata) dan bergu China Chai Biao-Hong Wei (68570). Satu lagi bergu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong berada di kedudukan ke-14 dengan 48253 mata.

Pemenang pingat perak acara bergu campuran Sukan Olimpik Rio, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terus berada di kedudukan 10 dunia apabila berada di ranking ke-5 dengan mengumpul 67060 mata sementara satu lagi bergu campuran negara, Tan Kian Meng- Lai Pei Jing berada di kedudukan ke-9 denhan 51670 mata.

Bagi acara bergu wanita pula, bergu negara Vivian Hoo – Woon Khe Wei berada di tangga ke-12 dunia dengan 50577 mata.


Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei berada di kedudukan ke-32 dunia dan Tee Jing Yi pula berada di kedudukan ke-35 dunia.

Sumber: www.fourthofficial.com

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori