LAIN yang dipantau, lain yang keluar. Seorang lelaki telah dirakamkan berbogel dan berlari ke dalam hutan, kerana menyangka dirinya adalah seekor harimau.
Lelaki tersebut sebelum itu dipercayai telah mengambil dadah, yang didakwa untuk merawat tekanan yang dialaminya.
Dia dikenali sebagai Mareka yang berasal dari Republik Czech. Kamera berkenaan sebenarnya dipasang untuk memantau pergerakan binatang liar di dalam hutan.
Sebaik sahaja pihak berkuasa melihat video berkenaan, Marek telah ditangkap.
Marek mengaku mengambil dadah lantas menjadikannya halusinasi. Katanya ketika sedang khayal, dia telah menghidu bau dan terus mengikut bau berkenaan.
Dia dipercayai telah bergerak sejauh 15 batu di sepanjang sempadan Czech-Poland, di kawasan hutan.
Mareka bagaimanapun hanya didenda dan tidak didakwa kerana ketika ditangkap, dia tidak membawa bersama dadah. –Â MYNEWSHUB.CC