Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Perdana Menteri Turki ‘Belasah’...

Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdagon mengkritik sikap Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang...

Taman Tema Berdarah, 2...

MENURUT laporan media China, dua individu maut manakala tiga lagi sedang dirawat setelah berlaku...

Kes Dirotan Ustaz: Pelajar...

JOHOR BAHRU - Pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gadaffi yang dirotan pembantu...

Penjelasan Jabatan Alam Sekitar...

SEHUBUNGAN pelbagai maklumat berkaitan 'jerebu kuning' dan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang...

Lelaki Disah Mati Terjaga Dalam Bilik Mayat

WARSAW – Seorang lelaki Poland yang disahkan mati selepas minum terlalu banyak arak terjaga dan mendapati dirinya di dalam bilik mayat.

Kejadian di Kamienna Gora, sebuah bandar di barat daya Poland bermula apabila lelaki itu, Kamil, minum terlalu banyak vodka di pub.

Dia diserang sakit jantung, menyebabkan dia rebah sebelum dikejarkan ke hospital.

Usaha dilakukan untuk menyedar dan menyelamatkannya, tetapi gagal. Dia dihantar ke rumah mayat hospital itu dan dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Tidak lama kemudian, pengawal di hospital itu mendengar bunyi bising di bilik mayat itu.

“Saya begitu pasti ada cubaan merompak. Pernah beberapa pemuda datang memecah masuk blik mayat untuk merompak.

“Tetapi bunyi bising itu datang dari peti sejuk mayat. Dengan tangan yang menggeletar, saya buka pintu peti sejuk itu dan menemui ‘mayat’ yang dalam keadaan berbogel, meminta selimut kerana terlalu sejuk,” kata pengawal itu.

Dia kemudian menelefon polis. Seorang doktor yang turut datang ke bilik mayat itu mengesahkan Kamil, 25, masih hidup. Dia diberi semula pakaiannya sebelum dibenarkan pulang selepas menjalani pemeriksaan perubatan.

Bagaimanapun, Kamil tidak terus pulang ke rumah, sebaliknya singgah di pub untuk minum bersama rakannya bagi meraikan kebangkitannya dari mati.


Kejadian itu serupa dengan yang berlaku tahun lalu apabila seorang lelaki disahkan mati di Khansanky, timur jauh Russia, mendapati dirinya di dalam bilik mayat.

Dia meraung sambil menendang pintu peti sejuk selepas menyedari dia terkunci di dalamnya.

Mujur seorang pengawal keselamatan mendengar bunyi bising dan mengeluarkannya dari peti sejuk itu.

Pada 2014, Janina Kolkiewicz, 91, menghabiskan masa 11 jam di dalam peti sejuk di sebuah bilik mayat di hospital di Poland, selepas disahkan mati.

Bagaimanapun, petugas mendapati beg mayatnya bergerak ketika membuka peti sejuk itu. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori