SEMALAM kecoh di media sosial apabila seorang wanita memuat naik gambar lelaki yang menunjukkan jari tengahnya hanya selepas memotong barisan ketika berada di plaza tol.
Wanita yang menggunakan nama @ivyneysa memuat naik gambar lelaki tersebut di laman Twitter dengan kapsyen ‘Lelaki tak ada manner orang lain dah beratur panjang sampai jem dekat belakang dia terus masuk line depan. Kena hon then ari gaduh @PDRM’.
Wanita tersebut mendakwa pemandu kereta Myvi berwarna perak itu telah memotong barisan ketika berada di sebuah plaza tol di Selangor.
Dia yang berang dengan tindakan lelaki itu telah membunyikan hon dan membuatkan lelaki tersebut keluar dari kereta dan menunjukkan jari tengahnya.
Bagaimanapun, perkongsian Ivy itu mendapat reaksi daripada pemandu kereta itu yang membuat penjelasan menerusi ruangan komen di Facebook.
Lelaki yang juga pemandu kereta Myvi itu menggunakan nama East Ramadhani Zainudin mengakui kesalahannya memotong barisan ketika beratur untuk membayar tol.
Namun, dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak sengaja beratur di barisan yang salah kerana barisan tersebut adalah pembayaran untuk kad Touch N Go (TnG) sahaja sebaliknya dia mahu menambah nilai kad TnG miliknya.
“Saya memang salah cut lane tapi tersalah sebab lane nak topup TnG. Lane yang saya cut itu lane TnG and bodohnya pulak toll ini, bukan nak letak semua booth boleh topup!.
“Jadi saya pun memotong lane kakak tadi seperti yang diviralkan tapi saya ada bagi signal dan angkat tangan tanda hormat tapi kakak yang perangai ‘baik’ sangat itu jadi typical Malaysian lah ofcourse, tak considerate bila orang bagi signal.
“But saya manage untuk masuk jugak lepas tu dia punya hon dekat kereta saya macam dunia nak kiamat dah, lama dan berjela-jela then i decided to keluar dan fxxx depan muka dia,” tulisnya.
Perkongsian kedua-dua individu tersebut jelas menunjukkan cerita daripada kedua-dua belah pihak supaya netizen lebih memahami situasi sebenar.
Ada netizen yang menganggap tindakan Ivy tidak perlu diperbesarkan kerana ianya boleh menimbulkan permasalahan lain dan situasi yang dialaminya boleh diselesaikan jika ada sikap bertolak ansur.
Namun, wujud juga dakwaan lelaki yang dipercayai bekerja di sebuah syarikat bernama Sangkaya itu pernah melakukan tindakan yang sama bulan lalu melibatkan pengguna lain.
Apa pun, hakikatnya, tindakan memotong barisan hanya mencerminkan tahap pemikiran yang rendah dan kemudian bertindak marah secara keterlaluan selepas melakukan kesalahan memperlihatkan pelakunya mempunyai tahap pemikiran yang lagi rendah pada lembu. – MYNEWSHUB
Video sekadar hiasan