Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Presiden Palestin Gesa Israel...

RAMALLAH : Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Selasa menggesa Israel melaksanakan perjanjian yang...

Karnival Upin Ipin Dapat...

DAH start cuti sekolah, maka banyaklah agenda telah direncanakan ibu bapa untuk mengisi...

“Makcik Kiah Pun Dah...

MENGGUNAKAN analogi penjual goreng pisang bernama Makcik Kiah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin...

Tengku Abdullah Lancar Program...

RAUB - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan...

Lelaki Paling Kotor Di Eropah, Meninggal Dunia

GELANDANGAN paling kotor di Eropah, Ludvik Dolezal yang menghidap penyakit suka membakar barangan dan kemudian menyapu abu di badannya, telah meninggal dunia.

Mendiang yang berusia 60 tahun dilaporkan media tempatan mengembuskan nafas terakhir di sebuah rumah usang di sebuah ladang di Skrivany di Republik Czech.

Ludvick, 60, sebelum ini hidup dengan mendapat bantuan dalam bentuk wang daripada kerajaan namun wang berkenaan tidak diberikan kepadanya kerana bimbang dia akan membakar wang tersebut.

Sebaliknya wang itu diberikan kepada datuk bandar di kawasan berkenaan yang akan menyediakan makanan kepadanya setiap hari.

Namun apabila dia tidak datang ke kedai untuk mengambil makanan terbabit, mereka mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena lalu memeriksa keadaannya dan menemui mayat Ludvick di rumah usang itu.

Bedah siasat akan dijalankan ke atasnya namun setakat ini tiada aspek mencurigakan dalam kematiannya itu.


Pada 2012, Ludvick, yang mempunyai lapan adik beradik memberitahu media bahawa dia langsung tidak berhubung dengan mereka.

Ludvick dikenali ramai kerana dia akan membakar semua benda di sekelilingnya dan kemudian akan tidur di atas abu sisa kebakaran terbabit.

Keadaan ini menyebabkan dia mendapat gelaran sebagai lelaki paling kotor di Eropah. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori