Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PKR Johor Umum Bertanding...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor mengumumkan akan bertanding sekurang-kurangnya lapan...

GAMBAR: Pencuri Ditangkap Orang...

Menjelang Hari Raya Korban tak lama lagi, pemilik lembu kini sudah mula waspada...

12K Warga Malaysia ‘Miskin’...

SEKIRANYA rajin baca komen netizen propembangkang menerusi media sosial, rakyat Malaysia digambarkan menderita...

Bekas Bendahari UMNO Dedah...

JELEBU - Kesal dengan sikap Tan Sri Dr. Rais Yatim bersengkongkol dengan pembangkang,...

Lemas: Semua Pihak Perlu Main Peranan – Lee Lam Thye

KUALA LUMPUR – Kekerapan kes mati lemas melibatkan kanak-kanak dan remaja khususnya pada musim cuti persekolahan kini menjadi isu serius yang memerlukan intervensi pelbagai pihak.

Anggota Majlis Keselamatan Aktiviti Air (WASC) Tan Sri Lee Lam Thye berkata selain mempergiat kempen kesedaran, pihak berkuasa dan ibu bapa juga perlumemainkan peranan masing-masing.

“Cuti sekolah akhir tahun telah bermula, jadi se mua pihak berkaitan perlu lebih berhati-hati dalam memantau aktiviti rekreasi air terutamanya di tempat yang sering dikunjungi oleh keluarga yang mempunyai kanak-kanak.

“Pihak berkuasa perlu menjalankan pemeriksaan di semua kawasan rekreasi di bawah bidang kuasa mereka dan memastikan penyelenggaraan dijalankan supaya tempat-tempat tersebut selamat untuk dikunjungi orang ramai atau pelawat,” katanya kepada Bernama.

Lee berkata berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan, secara purata terdapat 596 orang mati lemas setahun antara tahun 2009 dan 2013.

Berdasarkan statistik itu, hampir separuh daripada kes-kes lemas berkenaan melibatkan kanak-kanak dan remaja berusia antara lima dan 14 tahun.

Tambahnya, data terkini daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat pula menunjukkan purata 700 orang mati lemas setiap tahun di negara ini terutamanya di kawasan perkelahan dan rekreasi.

“Jika mana-mana tempat rekreasi yang didapati tidak selamat, pihak berkuasa perlu segera memaklumkan kepada orang ramai melalui papan tanda keselamatan dan tanda-tanda amaran yang boleh dilihat oleh orang ramai,” tegasnya.


Menurut Lee, antara faktor yang boleh menyebabkan lemas ialah akses tanpa batasan dan persediaan ke pantai, kekurangan pengetahuan dan pemahaman tentang keadaan air, kejahilan dan tidak mengambil kira atau salah menilai kebahayaan air.

Selain itu, ketiadaan penyeliaan visual yang berterusan serta kurangnya kesedaran dan pendidikan tentang keselamatan air, kemampuan keselamatan diri dan menyelamatkan nyawa turut menjadi faktor lemas.

Dalam pada itu, katanya Majlis Keselamatan Aktiviti Air yang ditubuhkan Mei lepas merangka sebuah pelan tindakan lima tahun (2016-2020) yang antara lain bertujuan menggalak dan meningkatkan kesedaran keselamatan air dalam kalangan masyarakat, serta menyelaras pengumpulan data dan maklumat kes lemas di Malaysia.

Katanya, majlis bukan sahaja akan memberi tumpuan kepada program kesedaran dalam kalangan kanak-kanak sekolah tetapi juga ibu bapa dan penjaga supaya mereka dapat menjaga anak-anak mereka di dalam atau di luar kawasan sekitar air.

Sejak cuti akhir tahun persekolahan bermula 25 Nov lepas, sebanyak enam kes mati lemas dilaporkan melibatkan lapan orang mangsa. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori