Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mahathir Mula Tugas Perdana...

TUN Dr. Mahathir Mohamad hari ini memulakan tugas sebagai Perdana Menteri interim.Dr. Mahathir...

Ahmad Faizal Berharap PN...

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap Perikatan Nasional...

Adenan Pertahan Taib Pada...

PUTRAJAYA - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini menyelar pertubuhan...

Tip Jimat Elektrik Semasa...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkongsi beberapa tip bagi menjimatkan penggunaan...

LZS Agih Bantuan Persekolahan Sesi 2017

SHAH ALAM – “Sekarang yuran pendaftaran pra sekolah pun boleh mencecah dua ratus lebih, apatah lagi yuran sekolah rendah dan menengah belum ditambah lagi barang keperluan yang lain.

“Memang sangat terbeban dan syukurlah ada bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Sedikit sebanyak ia membantu kami,” kata seorang penerima bantuan persekolahan LZS bagi sesi persekolahan 2017.

Sesi persekolahan 2017 akan bermula awal Januari dan pastinya kebanyakan ibu bapa sedang menghitung anggaran perbelanjaan untuk persiapan anak mereka.

Bagi golongan kategori asnaf fakir dan miskin, kos perbelanjaan sekolah anak pastinya boleh mencetuskan rasa susah hati dan rungsing.

Ini kerana mereka kurang kemampuan bukan sahaja untuk membayar yuran pendidikan sekolah, bahkan sukar juga membeli kelengkapan persekolahan untuk anak mereka.

Wahidah Freezaillah, 26, penerima bantuan pendidikan bagi tahun 2017 melahirkan rasa bersyukur atas bantuan yang diberikan LZS.

Ibu kepada empat orang anak ini yang juga penerima bantuan pendidikan buat kali kedua berkata kenaikan kos sara hidup amat membimbangkan, justeru bantuan yang diterima amat bermakna bagi mereka sekeluarga dalam persediaan persekolahan yang bakal bermula nanti.

“Alhamdulillah, bantuan ini amat membantu kami sekeluarga untuk persediaan persekolahan anak tahun 2017,” kata suri rumah itu.

AGIHAN BANTUAN PERSEKOLAHAN SESI 2017

Atas rasa tanggungjawab terhadap keperluan masyarakat sekeliling khususnya golongan yang memerlukan, LZS saban tahun melaksanakan tanggungjawab membantu golongan yang memerlukan termasuk persediaan sesi persekolahan tahun baru.

Meneruskan “tradisi” bantuan oleh LZS, bagi sesi persekolahan tahun 2017, LZS memperuntukkan sejumlah RM10.9 juta bagi membiayai persiapan persekolahan 94,391 orang anak-anak fakir dan miskin di seluruh Selangor.

Bantuan itu meliputi kesemua sembilan daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Petaling, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Klang, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

Penyerahan agihan pertama disempurnakan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor pada 17 Nov. Bantuan disampaikan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

Menurut Mohamad Adzib, penerima bantuan pendidikan terdiri daripada 1,545 orang pelajar tadika, 43,668 pelajar sekolah kebangsaan dan 49,178 pelajar sekolah menengah kebangsaan.

Bantuan yang disumbangkan itu merangkumi bantuan bayaran yuran pendidikan serta barangan persekolahan seperti pakaian seragam sekolah serta alat tulis.

“Bantuan diagihkan dalam dua kaedah bayaran iaitu serahan tunai atau dimasukkan ke dalam akaun bank keluarga asnaf fakir dan miskin yang disantuni LZS.


“Bagi program kawasan Hulu Selangor hari ini, seramai 2,439 keluarga asnaf fakir dan asnaf miskin menerima bantuan ini,” katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian agihan yang diadakan itu.

BANTUAN AGIHAN PENDIDIKAN BERSAMA PKNS

LZS turut menyambut baik sekiranya ada badan atau syarikat yang ingin turut serta dalam menawarkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Baru-baru ini dalam majlis penyerahan bantuan pendidikan di daerah Kuala Langat, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang diwakili oleh Timbalan Pengurus Besar Perhubungan Korporat, Siti Zubaidah Abdul Jabar turut hadir menyerahkan wang zakat sebanyak RM833,375 kepada golongan fakir dan miskin.

“Peruntukkan yang diserahkan itu adalah sebahagian daripada zakat perniagaan yang ditunaikan PKNS untuk golongan asnaf di negeri ini, ” katanya.

Untuk rekod, daripada jumlah itu, LZS mengagihkan zakat pendidikan sebanyak RM600,525 bagi membiayai persiapan persekolahan 1,794 keluarga asnaf di daerah Kuala Langat.

AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB

Memikul amanah yang dipertanggungjawabkan dalam menguruskan wang zakat adalah satu ujian yang berat dan mencabar. Ketelusan dalam pengagihan sentiasa menjadi perhatian masyarakat, apa lagi LZS beroperasi dalam sebuah negeri yang maju dengan rakyatnya sentiasa peka.

Ketua Divisyen Kutipan Lembaga Zakat Selangor, Mohd Sabirin Haji Sarbani dalam ucapannya menegaskan LZS adalah telus dalam melaksanakian tanggungjawabnya sebagai badan yang menguruskan wang untuk dibahagikan kepada golongan yang memerlukan.

“Pengagihan dijalankan secara sistematik dengan mengenalpasti individu yang layak menjadi asnaf, menilai jumlah bantuan yang perlu diberi, menilai program agihan yang dilaksanakan dan pastinya melakukan penambahbaikkan dari semasa ke masa.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan agihan bantuan kepada 376 keluarga asnaf di daerah Petaling.

Mohd Sabirin menyampaikan bantuan pendidikan berbentuk tunai itu di Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya.

Setiap anak asnaf bagi semua peringkat persekolahan menerima bantuan yuran sebanyak RM75.

Selain itu, bagi kelengkapan persekolahan pula, sebanyak RM170 diperuntukan bagi setiap pelajar sekolah rendah kebangsaan, RM150 bagi pelajar sekolah rendah agama, RM200 bagi pelajar sekolah menengah dan RM75 bagi pelajar prasekolah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori