Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Belum Terima Laporan...

Petaling Jaya : Polis belum menerima laporan analisis lengkap punca kematian Nur Farah...

Ratusan Wanita Kanada Berdemo...

RATUSAN wanita Kanada melakukan demonstrasi dalam keadaan 'telanjang' dada sebagai protes terhadap tindakan...

Anwar Ibrahim Menghadap Pemangku...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menerima...

Dua Beradik Hidup Dalam...

MENYEDIHKAN.. itulah yang terzahir sebaik melihat nasib dua beradik ini yang terpaksa tinggal...

MAHA 2016 Capai Sasaran Tiga Juta Pengunjung

SERDANG – Sehari sahaja lagi sebelum berakhirnya Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016, sasaran tiga juta pengunjung tercapai hari ini.

Pembantu tadbir di Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu, Kuala Lumpur, Faridah Lat diumumkan sebagai pengunjung yang ketiga juta, sekali gus membawa pulang hadiah sebuah televisyen jenama Sony Bravia berukuran 42 inci dan produk madu kelulut.

Faridah, 49, yang merupakan pengunjung tetap pameran pertanian terbesar itu berkata beliau terkejut apabila dipanggil oleh petugas MAHA ketika berjalan masuk melalui pintu utama Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) kira-kira pukul 2.10 petang.

“Sebenarnya ini kali kedua saya datang untuk MAHA tahun ini, tetapi semasa pertama kali saya datang pada hari perasmian, keadaan terlalu sesak jadi hanya anak saya yang turun dan saya dan suami menunggu di dalam kereta,” katanya.


Menurutnya ini adalah kali kedua beliau memenangi hadiah televisyen dengan kali pertama diperolehi pada hari keluarga Kementerian Pendidikan.

Hadiah pengunjung bertuah itu disampaikan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori