Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pesawat Lion Air Didapati...

JAKARTA - Laporan awal siasatan nahas pesawat Lion Air JT610 yang terhempas pada...

Arnab `Sayu’ Akhirnya Dipertemukan...

CARA anak patung arnab ini diletakkan di atas kerusi di dalam sebuah kereta...

Susu Formula: Selamat Tapi...

PUTRAJAYA - Hasil analisis Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap susu rumusan bayi yang dirampas...

Remaja Ditahan Kerana Buat...

JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki ditahan polis kerana membuat laporan palsu kononnya...

Susu Unta Diadun Bersama Makanan Sunnah Curi Tumpuan

SERDANG – Produk susu unta yang diformulasikan dengan campuran bahan makanan sunnah, antara yang menjadi tumpuan pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 yang sedang berlangsung sehingga Ahad ini.

Pengasas syarikat Eibel Resources yang mengeluarkan produk Eibel Susu Unta, Mohd Asmawi Shaari, 38, ketika ditemui Bernama di gerai jualannya di MAHA 2016 berkata produknya itu telah terjual lebih 1,000 kotak sejak berlangsungnya pameran itu pada 1 Disember yang lepas.

“Idea mengeluarkan produk susu unta datang dari makcik saya yang kembali mengerjakan Umrah di Tanah Suci memberitahu dia telah minum susu unta di sana namun rasanya sangat hamis dan dia tidak boleh minum,” katanya sambil berkata khasiat susu unta antara lain memberikan tenaga, melancarkan peredaran darah dan meningkatkan antibodi badan.

Mohd Asmawi berkata beliau mengimport susu unta dalam bentuk serbuk dari Arab Saudi dan kemudiannya diformulasikan dengan campuran bahan makanan sunnah seperti kurma, kismis, buah tin, dan delima bagi menghilangkan rasa hamis susu unta.

Kerja pemprosesan dan pembungkusan susu unta tersebut dilakukan di kilang yang terletak di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Selain itu bagi menambahkan khasiatnya, Eibel Susu Unta turut mengandungi campuran acai berry dan kolagen.


Katanya, produk yang diusahakan bersama dua rakan kongsi Khairi Abas,34, dan Sidri Husin,40 telah dilancarkan sejak sebulan yang lepas.

Walaupun masih baru berada di pasaran namun Eibel Susu Unta telah dijual sebanyak 5,000 kotak pada bulan lepas melalui stokis dan ejen di setiap negeri, katanya.

“Tiga bulan sebelum dijual kami telah mengedarkan produk susu unta ini kepada orang ramai di sekitar Kelantan secara percuma dan sambutan yang diterima sungguh menggalakkan,” katanya sambil berkata Eibel Susu Unta turut dijual secara dalam talian.

Katanya Susu Unta Eibel sesuai diminum oleh semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak yang berusia dua tahun ke atas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori