Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tidak Boleh Bayar Bil...

KUALA LUMPUR - Orang ramai di Lembah Klang tidak lagi boleh membuat bayaran...

Utusan Kekal Akhbar Digital...

KETIKA pembangkang melancarkan propaganda hasut rakyat negara ini boikot Utusan Malaysia selain trend...

‘Frontliners’ Tinggal Anak, Keluarga...

SEREMBAN - Yang paling sedih apabila sampai ke rumah (pulang dari kerja), Affan,...

Utusan Setuju Selesai Kes...

KUALA LUMPUR - Utusan Melayu (M) Bhd (UMMB) hari ini bersetuju untuk menyelesaikan...

Mahasiswa Disaran Sertai Program Kemasyarakatan

TAWAU – Golongan belia khususnya mahasiswa disaran menyertai program berbentuk kemasyarakatan sebagai nilai tambah diri dan menjadi contoh kepada belia lain di kampung masing-masing.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata penyertaan mereka dapat memantapkan kemahiran dan pengalaman sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenar.

Katanya, melalui aktiviti kemasyarakatan para mahasiswa dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dengan penduduk setempat selain dapat berkongsi ilmu dan idea yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

“Adalah penting untuk mahasiswa lebih proaktif menyertai aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan sebagai nilai tambah diri dan nilai positif yang dapat dipupuk secara berterusan,” katanya.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Tawau berkata demikian pada Projek Sukarelawan Parlimen Tawau di Kampung Kongsi 8 di sini, hari ini.


Sementara itu Pengarah Projek Sukarelawan Parlimen Tawau Jeffry Jufri Yusuf berkata, program seperti itu bukan sahaja memberi peluang kepada golongan belia tetapi juga turut dapat mengukuhkan hubungan ukhwah masyarakat di kawasan perkampungan.

Menurutnya, program itu disertai 50 sukarelawan yang terdiri daripada golongan belia iaitu lepasan graduan universiti dan kira-kira 200 penduduk kampung.

“Menerusi pengalaman yang ada ia akan memberi ruang dan peluang kepada kami belajar untuk berinteraksi dengan masyarakat luar sekali gus memberi persediaan awal sebelum memasuki alam pekerjaan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori