Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

TMJ Guna Perkataan`Haha’ Dalam...

KUALA LUMPUR - Buat julung kali, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan...

PKR Bimbang Perpecahan Parti...

KOTA KINABALU - Anggota PKR diingatkan supaya tidak berpuak-puak dalam pemilihan parti Ogos...

Ciuman Berulang Kali Anak...

PARIT - Seorang ibu tidak menyangka ciuman berulang kali anaknya Sabtu lalu adalah...

Penstrukturan Semula Industri Air...

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini...

Tun M Kaitkan Rasulullah, DAP Ketawa Gembira!

KUALA LUMPUR – Perbuatan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengaitkan Nabi Muhammad S.A.W dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan RM2.6 bilion seolah-olah mempersendakan agama Islam demi kepentingan politiknya.

Lebih malang apabila tindakan beliau mengaitkan Nabi Muhammad S.A.W dengan isu tersebut sewaktu menghadiri perhimpunan DAP disambut dengan gelak tawa oleh pengikut DAP yang umum mengetahui anti-Islam.

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd. Shahar Abdullah berkata, tindakan Mahathir mengaitkan Nabi dengan agenda politiknya sambil ditertawakan musuh Islam iaitu ahli DAP adalah sesuatu yang sangat dangkal dan ibarat menggadaikan agama Islam demi kepentingan politiknya.

“Demi meraih tepukan dan sorakan daripada orang-orang DAP dan demi memburukkan pemimpin Islam lain iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Mahathir sanggup menggunakan Nabi iaitu insan terpilih yang menerima wahyu daripada Allah S.W.T sebagai bahan jenaka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Shahar berkata, situasi yang berlaku dalam Perhimpunan Agung DAP itu membuktikan senario yang akan berlaku di Malaysia jika DAP dapat memerintah negara ini dengan sokongan Mahathir iaitu Islam dan tokoh-tokohnya akan dijadikan bahan gelak ketawa serta hiburan kepada mereka.


Justeru, katanya, Pemuda UMNO Pahang mendesak Mahathir memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini kerana memperlekehkan Nabi Muhammad S.A.W dan ia satu perkara satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan dalam usaha kita memastikan kedaulatan agama Islam tidak dicemari. – MYNEWSHUB.CC 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori