Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kes Langgar Mati 8...

JOHOR BAHRU : Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan seorang kerani wanita dipenjara enam...

Polis Tahan Bapa Pelakon...

KUALA LUMPUR : Bapa seorang pelakon remaja yang didakwa melakukan serangan seksual ke...

Banjir : ‘Tidurlah, Tidurlah...

Kanak-kanak memang boleh terlelap pada bila-bila masa dan di mana-mana saja jika sudah...

Remaja Maut Terjun Tingkat...

KUALA LUMPUR - Seorang remaja Cina mati selepas nekad terjun dari tingkat empat...

Maklum Balas Pelaksanaan PBS Ganti UPSR Dikumpul

BATU PAHAT – Kementerian Pendidikan akan mula mengumpul maklum balas daripada ibu bapa dan warga pendidik pada tahun hadapan mengenai cadangan pelaksanaan format sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menggantikan format sedia ada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pelaksanaan format ini akan menyaksikan pemansuhan UPSR dan juga pentaksiran berasaskan tiga faktor iaitu dari segi akademik, jasmani, sukan dan kokurikulum dan psikometrik, seperti Pentaksiran Tingkatan Tiga.

“Kami harap dapat mengumpul semua maklum balas itu dalam masa enam bulan akan datang,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Parit Sulong di Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat, di sini hari ini.

Mahdzir berkata, melalui UPSR pelajar dinilai hanya menerusi pencapaian akademik manakala dengan format PBS, beberapa aspek lain akan turut dititikberatkan.

“Kalau pelajar akademiknya baik, kokurikulum baik, sukan baik, kemudian sahsiah diri baik, (PBS) akan menilai semua sekali. Itulah penilaian yang lengkap untuk semua pelajar,” katanya.


Ketika ditanya bila pelaksanaan format PBS dijangka dilaksanakan, Mahdzir berkata ia mungkin akan dilaksanakan dalam lima tahun lagi.

“Ia (pemansuhan UPSR) tidak akan dilaksanakan tahun hadapan kerana kementerian perlu mendapatkan maklum balas pihak berkepentingan terlebih dahulu.

“Bagaimanapun, ia terpulang kepada maklum balas masyarakat khususnya ibu bapa sama ada mereka mahukan PBS atau UPSR yang berasaskan peperiksaan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori