Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Hukum Wanita Bergaul Dengan...

PERGAULAN dengan golongan lelaki lembut khususnya bagi Muslimah perlu dititikberatkan. Islam tidak menghalang komunikasi...

Bayi 4 Kaki Tambahan...

AKHIRNYA bayi lelaki dari Iran yang dilahirkan dengan empat kaki tambahan, dibenarkan pulang...

Hans Optimis Zainal Bakal...

PEMENTASAN Lawak Ke Der telah beberapa kali dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya,...

Amirudin Nafi Berlaku Rombakan...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Amirudin Shari hari ini menafikan akan berlaku...

Malaysia Catat Kemenangan Pertama Dalam Siri Ujian

KUALA LUMPUR – Skuad hoki wanita negara menamatkan rentetan kekalahan apabila menundukkan pasukan nombor lima dunia, New Zealand 1-0 dalam perlawanan ujian ketiga mereka di Pusat Sukan Taranaki Electricity Trust, New Zealand.

Gol tunggal perlawanan dihasilkan Fatin Shafika Mohd Sukri yang menyumbat masuk bola tampanan daripada pukulan sudut penalti pada babak pertama.

Sebagai rekod, skuad negara tewas 0-3 dan 0-2 di tangan tuan rumah dalam dua perlawanan ujian sejak tiba di New Zealand, enam hari lepas.

Jurulatih negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah memuji anak buahnya yang memberi persembahan hebat dalam perlawanan hari ini hingga membolehkan mereka memperoleh enam pukulan sudut penalti berbanding satu dan kosong dalam dua aksi awal.

“Kami mencipta lebih banyak peluang dan saya gembira dengan persembahan pemain. Pemain memberi saingan kepada lawan dan lebih bebas menyerang serta bijak mencari ruang untuk menghasilkan gol,” katanya seperti dipetik dalam laman web Konfederasi Hoki Malaysia www.mhc.org.my.

“Kemenangan itu memberikan pemain keyakinan dan percaya kepada diri sendiri bahawa mereka mampu bermain baik menentang pasukan utama seperti New Zealand. Mereka sememangnya layak untuk menang,” kata Muhammad Dhaarma Raj.

Penolong jurulatih New Zealand, Sean Dancer pula kecewa dengan kekalahan itu sambil memuji pasukan Malaysia yang dianggap layak untuk menang.


“Malaysia bermain dengan baik dan memberi tentangan yang hebat. Mereka bijak mengasak untuk mendapatkan gol kemenangan.

“Pemain akan berehat esok untuk memulihkan kecergasan dan akan fokus mengekalkan konsistensi dalam perlawanan akan datang,” katanya.

Kedua-dua pasukan akan bermain dalam baki dua perlawanan pada Sabtu dan Ahad ini sebelum skuad negara kembali ke tanah air untuk persiapan menghadapi pusingan kedua Liga Hoki Dunia di Kuala Lumpur dari 14-22 Jan.

Lapan negara mengambil bahagian dalam kejohanan itu dan pemenang akan mendapat slot separuh akhir selain peluang ke pusingan kelayakan Piala Dunia 2018.

Negara itu adalah Ireland, Itali, Thailand, Kazakhstan, Singapura, Fiji, Wales dan Malaysia. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • hoki

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori