Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Perdasama Yakin Kewibawaan Pengerusi...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) mengucapkan tahniah kepada...

Polis Akan Rujuk Keterangan...

KUALA LUMPUR - Polis akan merujuk keterangan bapa Altantuya Shaariibuu, Dr. Shaariibuu Setev...

Mahathir Hina Graduan Berniaga...

CELUPAR... Hanya kerana mahu hasut rakyat konon ekonomi Malaysia teruk, Tun Dr. Mahathir...

Pesakit Di Tawau Mangsa...

PUTRAJAYA - Seorang lagi pesakit Covid-19 di negara ini disahkan meninggal dunia petang...

Malaysia Komited Kurangkan Kesan Karbon & Pencemaran

KUALA LUMPUR – Malaysia terus komited untuk mengurangkan kesan karbon dan pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada penggunaan bahan api fosil.

Ini dilakukan walaupun pelaksanaan program biodiesel 10 (B10) dan program biodiesel tujuh peratus (B7) dalam sektor pengangkutan dan industri ditangguhkan ke tahun depan, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Dalam satu kenyataan hari ini, MPOB berkata penangguhan pelaksanaan program B10 dan B7 kepada 2017 dibuat oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong pada 15 Nov lepas.

“Keputusan menangguhkan mandat itu dibuat atas dasar tidak mahu membebankan pengguna dengan sebarang kenaikan harga diesel ekoran harga minyak sawit mentah yang tinggi pada masa ini,” kata MPOB.

Ia berkata B10 telah terbukti memberi manfaat besar dan tidak memudaratkan dalam jangka masa panjang.

Pengenalan B10 disahkan hasil ujian lapangan dalam negara dalam tempoh yang lama selain mematuhi standard biodiesel antarabangsa.

MPOB berkata inisiatif B10 kerajaan, dijangkakan dapat memberi manfaat ketara kepada alam sekitar, terutama hasil daripada pengurangan pelepasan gas rumah hijau dan pencemaran, bagi menjayakan kesan automotif mesra alam.


Penggunaan B10 juga akan menghasilkanmanfaat positif kepada industri, ekonomi, komersil dan sosial di negara ini secara keseluruhannya, katanya.

MPOB berkata Indonesia telah melaksanakan Program B20 sejak Januari tahun ini dan setakat ini, belum ada masalah teknikal dilaporkan.

Ia juga berkata pengusaha pengangkutan Malaysia akan terus mempunyai pilihan sama ada menggunakan diesel B7 perindustrian atau diesel euro5.

“MPOB akan terus meningkatkan penglibatan pengusaha pengangkutan dan semua pihak berkepentingan dalam industri automotif bagi menangani segala kebimbangan mengenainya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori