Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

1 Pertiga Daripada Populasi...

PUTRAJAYA - Sebanyak satu pertiga daripada kira-kira 300,000 anjing di Sarawak telah diberi...

Kod Etika Untuk Ibu...

KANGAR - Kongres Kesatuan Guru Kebangsaan (NUTP) mahu Kementerian Pendidikan melaksanakan segera satu...

Rancang Bom Pesta Arak:...

KUALA LUMPUR - Dua pekerja buruh masing-masing dihukum penjara 14 tahun oleh Mahkamah...

Budi Forward Pergiat Bantu...

BAGAN SERAI - Pertubuhan Sukarelawan Sebaran Budi (Budi Forward), sebuah pertubuhan bukan kerajaan...

Malaysia Patuhi Protokol, Standard Teknikal Dalam PISA

PUTRAJAYA – Pentadbiran Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) di Malaysia telah dilaksanakan dengan baik dan mematuhi protokol serta prosedur ditetapkan dalam standard teknikal.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataannya hari ini berkata ia disahkan Pengarah Pendidikan dan Kemahiran serta Penasihat Khas kepada Ketua Setiausaha Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Andrew Schleicher dalam sesi sidang video antara KPM dan OECD.

Dalam sesi itu, Schleicher berkata hanya bilangan sekolah yang memberi respon tidak mencukupi dan OECD tidak akan membatalkan kelayakan data.

Menurut KPM, beberapa langkah penambahbaikan sedang diusahakan sebagai persediaan untuk pelaksanaan PISA 2018.

“OECD telah mengenal pasti beberapa kelemahan dalam melaksanakan PISA berasaskan komputer berdasarkan masalah yang dihadapi kebanyakan negara peserta,” tambah kenyataan itu.

Menurut KPM, Malaysia telah mentadbir PISA 2015 mengikut prosedur dan menepati standard teknikal yang ditetapkan OECD.

“Data murid yang dikumpul untuk laporan PISA 2015 adalah sah untuk dianalisis pada peringkat kebangsaan,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, keputusan PISA 2015 telah diterbitkan oleh OECD melalui dua laporan iaitu PISA 2015 Initial Report Volume 1 (Excellence and Equity in Education) dan Volume 2 (Policies and Practices in Excellent Schools) dan satu ringkasan iaitu PISA 2015: PISA Results in Focus.


“Keputusan Malaysia dilaporkan dalam kedua-dua laporan keputusan PISA 2015 itu. Keputusan pencapaian Malaysia boleh dirujuk melalui rajah yang dilaporkan dalam teks laporan tersebut serta semua jadual di bahagian lampiran.”

Menurut kenyataan itu lagi, walaupun kesan respons pada peringkat awal tidak boleh diambil kira, bilangan keseluruhan respons murid seramai 8,661 telah diambil kira bagi melaporkan keputusan Malaysia.

“Ini kerana jumlah itu menepati untuk mewakili populasi 15 tahun ke atas di Malaysia,” tambah kenyataan itu.

Malaysia mencatat peningkatan skor dalam ketiga-tiga domain PISA iaitu literasi saintifik, literasi bacaan dan literasi matematik dalam keputusan PISA 2015 yang diumumkan baru-baru ini.

PISA merupakan kajian pentaksiran antarabangsa yang mengukur pencapaian pelajar berumur 15 tahun ke atas dalam literasi saintifik, bacaan dan matematik serta merupakan program pentaksiran dan kajian perbandingan antarabangsa anjuran OECD.

Pentaksiran dan kajian PISA 2015 diadakan pada 20 April hingga 8 Mei tahun lepas dan melibatkan penyertaan 72 negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori