Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Menarik… Gambar Yang Diambil...

Gambar yang dirakam oleh jurugambar berasal dari Moscow ini pasti membuat anda terkesima...

Lebuh Raya Atlantik Tercantik...

SEORANG pengguna Facebook dikenali Aji Yusop menerusi posting di laman sosial itu berkongsi video...

Misteri PAN ‘Sorok’ Cerita...

KUALA KANGSAR - Sesuatu yang agak lucu pada hari penamaan calon sempena Pilihan...

Najib: AGM Badan Peguam...

Bekas perdana menteri Najib Razak berhujah cabaran Badan Peguam Malaysia di mahkamah terhadap...

Mama Adik Izz Puji Servis Wad KK7 HKL Terbaik

NUKILAN ini dipetik daripada sebuah blog iaitu ekjozbuluh.com yang menceritakan perkembangan seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai adik Izz atau Izzsyraq Azraq yang mengalami masalah pencernaan dan penyerapan nutrisi atau Short Bowel Syndrome (SBS).

Difahamkan adik Izz telah mendapatkan rawatan di unit Wad KK4 atau Wad Pembedahan di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak 2013 lagi.

Setelah tiga tahun mendapatkan rawatan di Wad KK4, baru-baru ini adik Izz dikhabarkan dipindahkan ke wad lain iaitu Wad KK7 atau Wad Ortopedik dan Wad Pembedahan hospital tersebut setelah mengalami sakit pada kaki kanan namun punca masalah yang dihidapi masih belum diketahui.

Mama Adik Izz Puji Servis Wad KK7 HKL Terbaik

Mama Adik Izz Puji Servis Wad KK7 HKL Terbaik

Menurut seorang individu yang membahasakan dirinya sebagai Mama Izz, pertukaran bilik rawatan dirasakan sedikit janggal kerana sudah terbiasa dengan kondisi di Wad KK4 namun diterima baik olehnya kerana bilik itu menempatkan dua buah katil dan tandas serta penghawa dingin.

Meskipun beralih tempat, namun rawatan Nutrisi Parenteral (TPN) dan penggunaan tiub Central Venous Line (CVL) masih diteruskan.

Jelas Mama Izz lagi, dia berbangga dengan kakitangan Wad KK7 kerana tidak segan silu meminta bantuannya untuk membantu mengendalikan CVL dan TPN memandangkan mereka kurang arif mengendalikan prosedur itu berbanding dirinya yang telah bertahun melakukannya.


“Tak segan mereka akui dan tak segan bertanya. Iyalah, lama dah tak buat mungkin ada yang sudah lupa dan kekok. Aku sendiri pun bila adik Izz lama di wad, kekok rasa nak dressing bila adik Izz Home TPN (Home Parenteral Nutrition),” tulisnya.

Disamping itu Mama Izz juga berterima kasih dan bangga dengan layanan yang diberikan oleh warga hospital tersebut sepanjang adik Izz mendapatkan rawatan di sana.

Bagi netizen yang ingin mengikuti perkembangan adik Izz bolehlah melayari blog www.ekjozbuluh.com atau Facebook PRAY for Izzsyraq Azraq – Short Bowel Syndrome dan sama-samalah berdoa semoga adik Izz disembuhkan daripada penyakit yang dialami. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: ekjozbuluh

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori