Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tak Diskriminasi Tarik...

KUALA LUMPU - Dengan kelulusan pelaburan RM7.7 bilion dalam sektor pembuatan pada separuh...

Gadis 15 Tahun Nikah...

PUTRAJAYA — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata perkahwinan remaja...

Jumlah Dagangan Thailand-Malaysia Bakal...

KUALA LUMPUR - Kedutaan Besar Diraja Thailand berkata jumlah dagangan negara itu dengan...

E-Tunai RM30 Diagihkan Mulai...

SHAH ALAM - Sebanyak RM30 bakal diagihkan mulai esok kepada 15 juta rakyat...

“Mana Mahu Sumbat 700,000 Warga Asing Di Johor Bahru?”

KUALA LUMPUR – “Mana mahu sumbat 700,000 warga asing di Johor Bahru? Jumlah penduduk Johor Bahru sendiri pun hanya dalam lingkungan 1 juta orang sahaja.”

Itu kenyataan balas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan terhadap dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya 700,000 warga asing di Johor Bahru akan diberi kerakyatan untuk memenangkan Barisan Nasional (BN).

Kata beliau, kenyataan Mahathir kononnya 700,000 warga asing akan diberi kerakyatan oleh kerajaan Malaysia itu merupakan strategi beliau untuk memburukkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan cara menakutkan rakyat.

“Apakah Mahathir sudah terdesak sehingga melontarkan tuduhan tanpa membuat kira-kira berasaskan fakta. Kalau kita menggunakan logik akal 700,000 bukan angka yang kecil. Bukan mudah untuk buat kerja ini seperti yang didakwa.

“Penduduk Johor Bahru sendiri pun hanyalah dalam lingkungan 1 juta sahaja jadi bagaimana 700,000 warga asing ini mahu tinggal dalam negeri itu. Pertambahan penduduk di Johor akan berlaku secara mendadak dan pastinya ia dapat dikesan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Sohaimi berkata, adalah mengecewakan seorang bekas Perdana Menteri boleh bercakap mengikut nafsu amarah dan dendam dengan memanipulasi angka yang tidak berpegang sama sekali pada fakta.


“Tidak layak bagi seorang yang dianggap negarawan mengeluarkan kenyataan tanpa asas,” katanya.

Mahathir yang mengasaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama anaknya, Datuk Seri Mukhriz dan orang kanannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini menjalin kerjasama dengan DAP dalam misi menumbangkan parti Melayu UMNO.

Beliau berdendam dengan UMNO selepas usahanya mengangkat anaknya dan Muhyiddin masing-masing sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri baharu ditolak oleh para pemimpin, ahli dan penyokong UMNO. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori