KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan kekal 26 orang sehingga 9 pagi ini dengan sebuah pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja, Pasir Puteh masih dibuka.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kelantan Zainuddin Hussin berkata pusat pemindahan tersebut dijangka tutup hari ini berikutan keadaan banjir semakin pulih.
“Mangsa banjir mungkin dibenarkan pulang pagi ini selepas keputusan dibuat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pasir Puteh hari ini,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Cuaca di Pasir Puteh mendung pagi ini. – BERNAMA