KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Kemaman kekal seramai 75 orang daripada 18 keluarga setakat 9 pagi ini.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JPBN), hanya dua pusat pemindahan yang masih dibuka iaitu di Sekolah Menengah Badrul Alam Shah dan Balairaya Padang Kemunting.
Masing-masing melibatkan 59 mangsa (15 keluarga) dan 16 mangsa (tiga keluarga). – BERNAMA